09 August 2012

Resepi Red Velvet

Seperti yang dijanjikan. Aku nak kongsi resepi red velvet yang sedap, jelita dan menggiurkan tu. Tau. Banyak dah kat internet kalau google google google. Takpelah. Nak share jugak. 

Bahan-bahan kek:
 2 1/2 cawan tepung kek
113g atau 1/2 cawan unsalted butter. Kalau takde belasah je salted butter. Sedap jugak.
2 1/2 cawan gula kastor
1 cawan buttermilk
2 biji telur
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil pewarna merah
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan cream cheese frosting:
250g cream cheese
250g mascarpone cheese (mahal jugak ni. dalam RM16. kalau takde boleh ganti dengan cream cheese jugak)
1 cawan whipping cream
1 1/2 cawan gula kastor
2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
1. Apa lagi. Panaskan oven tu dulu. Dalam 170c. Sambil-sambil tu boleh sapukan marjerin ke gris ke dalam loyang kek. Gris yang boleh dimakan ye. Jangan letak gris rantai basikal pule. 

2. Mula-mula masukkan pewarna merah tu ke dalam buttermilk. Kacau-kacau sampai warna merah tu betul-betul sebati dengan buttermilk Kemudian ketepikan. 

3. Kemudian, masukkan tepung, garam, baking powder dan serbuk koko. Gaul-gaul sampai sebati. Ketepikan jugak. 

4. Ok. Sekarang ni bahan yang nak diputar-putarkan. Masukkan butter tu dulu. Pastikan butter tu pada room temperature ye. Janganlah keluarkan dari peti ais terus masuk gedebuk sebijik. Patah karang besi mixer tu. Pukul butter tu sampai kembang. Kembang secantik dirimu itu. 

5. Lepas tu boleh masukkan gula kastor tu. Sedikit demi sedikit. Pukul lagi sampai sebati. Kalau ada yang melekat tepi-tepi bekas tu, kaut lah sikit. Pastikan semua sebati. Betul-betul sebati ye. Bukan main-main.
 
6. Sambil putar-putar tu., masukkan telur sebiji demi sebiji.

7.  Baiklah. Sekarang tiba masanya kita nak masukkan tepung dengan buttermilk yang dah dipinggirkan tadi.
Pastikan masuk tepung berselang-seli dengan buttermilk. Maksudnya masukkan tepung, putar, buttermilk, putar, tepung, putar, buttermilk, putar, tepung. Ok Faham tak? Hehe

8. Sekarang tiba masanya waktu yang mendebarkan. Nak campurkan cuka dengan soda bikarbonat. Campur cepat-cepat sebab campuran tu akan menghasilkan buih-buih manja. Lepas tu cepat-cepat masukkan dalam mixture tu tadi. Kacau-kacau guna spatula tu je. Cuma nak pastikan yang campuran soda bikarbonat dengan cuka tu sebati dengan adunan kek tu. Lepas tu terus masukkan dalam loyang kek ye. Terus masukkan dalam oven. Biarkan masak dalam 40minit. Tapi bergantung jenis oven jugak. Aku punya jenuh menunggu. Kalau nak tau dia masak, macam biasa cucuk dengan lidi. Bukan penyapu lidi ye. 

Sementara menunggu kek masak, jom buat frosting dia yang memang sedap.

1. Masukkan cream cheese dengan mascapone cheese tu dalam mixer. Sekali dengan gula, esen vanilla dan whipping cream. Kalau boleh carilah double cream atau pun thickened cream tu. 

2. Pukul semua bahan tu sampai kembang dan licin. Boleh rasa jugak. Sedap. Hehe


Ok sekaranng nampaknya kek dah masak. Sejukkan. Pastikan betul-betul sejuk baru letak frosting. Dah tu boleh letak dalam peti ais. Kasi lah sejuk sikit 3-4 jam baru lah potong. Baru sedap sikit makan. Yeaa. Dah siap. Berjaya!

p/s: Weekend ni nak buat carrot cake dengan cream cheese frosting. Harap-harap menjadi.


 


04 August 2012

Happy Anniversary Mama & Papa

Sempena anniversary mama & papa kali ni, aku dah bercadang nak membuat kek. Habis segala youtube, blog, myresepi aku terjah. Study siang malam hafal resipi. Akhirnya aku bercadang buat kek red bebet. Kek kesukaan orang ramai. Cuma risau je kalau aku buat dah jadi kebencian orang ramai pula.

 Haaaa...dah nampak tu kejelitaan kek dalam oven. Merah mak ngah. Bukan mak ngah nani ye. 

Selepas letak frosting. Amacam? Haha.Alhamdulillah. Berjaya jugak cubaan membuat kek aku ni. Yabedabeduuuu.

Untuk resepi, nanti aku share lah ye. Malas nak menaip panjang-panjang. Lagipun, ramai dah orang share resepi red bebet ni. Merata-rata ada. Google je "resepi red bebet". Tipu tipu. kalau tulis red bebet mungkin keluar gambar bebet garang. Google red velvet ye. Byeeee.