12 March 2012

Untitled

Assalamualaikum,

Kali ni rasa pelik bila menulis dalam mood serius. Tak pernah lagi rasanya. Hehe. Bila tengok tracker, lagi 2 bulan setengah dah nak menikah. Mungkin tu salah satu sebab mudah sangat nak marah, sensitif dan pelbagai lagi emosi tua.

Kali ni bukan nak bercerita perihal kahwin lagi. Muak rasanya. Kalau cerita pasal preparation, memang tak pernah puas. Ada yang lebih penting lagi yang aku rasa dalam hidup ni selain fikir hal kahwin.

Selama 26 tahun aku hidup di atas muka bumi ni, syukur alhamdulillah. Allah kurniakan aku kesihatan yang baik, makan minum yang cukup walaupun tak semewah orang lain, orang sekeliling yang cukup baik dan menghargai aku. Terima kasih banyak kepada semua.

Seperti yang semua sedia maklum. Yang memang cukup maklum dengan perangai aku. Pemarah. Tak penyabar. Cakap lepas. Aku cukup berterima kasih kepada semua orang yang disekeliling aku especially kawan-kawan aku yang paling lama berada di sisi aku semenjak umur 13 tahun, yang cukup penyabar dengan perangai aku. Kawan-kawan aku anggap keluarga pertama dalam hidup aku. Mungkin ada orang salah anggap. Aku ni tak ada keluarga ke sibuk nak jadikan kawan-kawan sebagai keluarga sendiri. Hehe. Aku tak berapa rapat dengan adik-beradik aku sebab gap jauh sangat, Itu satu. Dengan mak jelah aku rapat. Itu pun jarang jumpa sebab duduk asrama dari umur 13 tahun. Dengan kawan-kawanlah aku bercerita. Cerita sedih. Cerita gembira. Semua cerita boleh cerita. Mengumpat. Bergaduh. Berkawan semula. Bergaduh lagi. Tak pernah habis.

Sebelum aku melangkah ke alam perkahwinan, aku rasa ini lah masa yang sesuai untuk aku minta maaf sekiranya ada apa-apa kesusahan terhadap korang semua atau ada terkasar bahasa. Untuk semua kawan-kawan aku, aku minta maaf selama ni setiap perkataan aku ada menyakitkan hati sesiapa. Tak kiralah korang semua berada kat mana, Malaysia ke, Australia ke, Ulu Klang ke. Dari hati yang ikhlas, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Doakan yang terbaik untuk aku (macam nak mati pulak). Duduk bersama dengan korang semua tak pernah aku lupakan. Korang adalah kawan terbaik yang aku pernah ada. Bergaduh macam mana pun, korang tetap ada. Terima kasih banyak-banyak.

Untuk mak, doakan Siti. Siti sayang mak banyak-banyak. Tak ada apa lagi yang Siti minta. Doakan Siti hidup dengan baik di muka bumi. Al-fatihah untuk mak.

Wassalam.

1 comment:

sayda dino said...

ecah. sedih nya baca. aku mintak maaf sebab selalu gagal jadi kawan terbaik kau. selalu fail. btw, aku tetap sayang kan kau. sampai bila bila. aku doakan yang baik baik untuk kau. jangan lah buat post macam ni lagi. aku sedih. love you.