09 August 2012

Resepi Red Velvet

Seperti yang dijanjikan. Aku nak kongsi resepi red velvet yang sedap, jelita dan menggiurkan tu. Tau. Banyak dah kat internet kalau google google google. Takpelah. Nak share jugak. 

Bahan-bahan kek:
 2 1/2 cawan tepung kek
113g atau 1/2 cawan unsalted butter. Kalau takde belasah je salted butter. Sedap jugak.
2 1/2 cawan gula kastor
1 cawan buttermilk
2 biji telur
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil pewarna merah
2 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan cream cheese frosting:
250g cream cheese
250g mascarpone cheese (mahal jugak ni. dalam RM16. kalau takde boleh ganti dengan cream cheese jugak)
1 cawan whipping cream
1 1/2 cawan gula kastor
2 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:
1. Apa lagi. Panaskan oven tu dulu. Dalam 170c. Sambil-sambil tu boleh sapukan marjerin ke gris ke dalam loyang kek. Gris yang boleh dimakan ye. Jangan letak gris rantai basikal pule. 

2. Mula-mula masukkan pewarna merah tu ke dalam buttermilk. Kacau-kacau sampai warna merah tu betul-betul sebati dengan buttermilk Kemudian ketepikan. 

3. Kemudian, masukkan tepung, garam, baking powder dan serbuk koko. Gaul-gaul sampai sebati. Ketepikan jugak. 

4. Ok. Sekarang ni bahan yang nak diputar-putarkan. Masukkan butter tu dulu. Pastikan butter tu pada room temperature ye. Janganlah keluarkan dari peti ais terus masuk gedebuk sebijik. Patah karang besi mixer tu. Pukul butter tu sampai kembang. Kembang secantik dirimu itu. 

5. Lepas tu boleh masukkan gula kastor tu. Sedikit demi sedikit. Pukul lagi sampai sebati. Kalau ada yang melekat tepi-tepi bekas tu, kaut lah sikit. Pastikan semua sebati. Betul-betul sebati ye. Bukan main-main.
 
6. Sambil putar-putar tu., masukkan telur sebiji demi sebiji.

7.  Baiklah. Sekarang tiba masanya kita nak masukkan tepung dengan buttermilk yang dah dipinggirkan tadi.
Pastikan masuk tepung berselang-seli dengan buttermilk. Maksudnya masukkan tepung, putar, buttermilk, putar, tepung, putar, buttermilk, putar, tepung. Ok Faham tak? Hehe

8. Sekarang tiba masanya waktu yang mendebarkan. Nak campurkan cuka dengan soda bikarbonat. Campur cepat-cepat sebab campuran tu akan menghasilkan buih-buih manja. Lepas tu cepat-cepat masukkan dalam mixture tu tadi. Kacau-kacau guna spatula tu je. Cuma nak pastikan yang campuran soda bikarbonat dengan cuka tu sebati dengan adunan kek tu. Lepas tu terus masukkan dalam loyang kek ye. Terus masukkan dalam oven. Biarkan masak dalam 40minit. Tapi bergantung jenis oven jugak. Aku punya jenuh menunggu. Kalau nak tau dia masak, macam biasa cucuk dengan lidi. Bukan penyapu lidi ye. 

Sementara menunggu kek masak, jom buat frosting dia yang memang sedap.

1. Masukkan cream cheese dengan mascapone cheese tu dalam mixer. Sekali dengan gula, esen vanilla dan whipping cream. Kalau boleh carilah double cream atau pun thickened cream tu. 

2. Pukul semua bahan tu sampai kembang dan licin. Boleh rasa jugak. Sedap. Hehe


Ok sekaranng nampaknya kek dah masak. Sejukkan. Pastikan betul-betul sejuk baru letak frosting. Dah tu boleh letak dalam peti ais. Kasi lah sejuk sikit 3-4 jam baru lah potong. Baru sedap sikit makan. Yeaa. Dah siap. Berjaya!

p/s: Weekend ni nak buat carrot cake dengan cream cheese frosting. Harap-harap menjadi.


 


04 August 2012

Happy Anniversary Mama & Papa

Sempena anniversary mama & papa kali ni, aku dah bercadang nak membuat kek. Habis segala youtube, blog, myresepi aku terjah. Study siang malam hafal resipi. Akhirnya aku bercadang buat kek red bebet. Kek kesukaan orang ramai. Cuma risau je kalau aku buat dah jadi kebencian orang ramai pula.

 Haaaa...dah nampak tu kejelitaan kek dalam oven. Merah mak ngah. Bukan mak ngah nani ye. 

Selepas letak frosting. Amacam? Haha.Alhamdulillah. Berjaya jugak cubaan membuat kek aku ni. Yabedabeduuuu.

Untuk resepi, nanti aku share lah ye. Malas nak menaip panjang-panjang. Lagipun, ramai dah orang share resepi red bebet ni. Merata-rata ada. Google je "resepi red bebet". Tipu tipu. kalau tulis red bebet mungkin keluar gambar bebet garang. Google red velvet ye. Byeeee.


07 July 2012

Perbualan lagha

Perbualan kanak-kanak zaman sekarang.
Pelakon:
Abang (7 Tahun)
Adik (1 Tahun)

Abang sedang bermain kereta sambil menonton televisyen. Tiba-tiba adik datang merangkak dari belakang lalu merampas kereta mainan. Abang naik angin.

Abang: Adik!! Jangan amek kereta abang!!!!!
Adik: Uh uh ah uh ah uuuu (tak reti bercakap lagi)
Abang: Pulang balikkkkk!!! (Menengking sambil merampas)
Adik: (Menangis kuat gila)
Ibu: Abangggg!!! Jangan buat macam tu kat adik. Bagi adik. Dia kecil lagi. Beralah sikit.
Abang: (Mengamuk sambil baling kereta depan adik). Nah. Nak amek sangat. Ameklah. Dah lah OKU. (Adik belum boleh berjalan. Tapi marah sangat terus sebut OKU)
Ibu gelak tak jadi marah.Haha

05 July 2012

Baju Nikah

Assalamualaikum.

Penat betul jadi suri rumah sekarang. Hikhikhik (gelak gatal meghela). Hei hei hari ni tak nak melalut. Tak nak tulis panjang-panjang. Nak bagitau rahsia ni je.


Rasa-rasa macam nak jual/sewa kan baju ni je (termasuk veil. Tudung tu kalau nak jugak pun boleh). Sayang tengok dia dibiarkan bergantung dalam bilik. Kalau sesiapa berminat boleh bagitau. :)) 

Rindu Kak Limah ni jugak yang sentiasa ada dengan aku walaupun terpaksa tinggalkan anak. Shuwit. (tetiba teringat tak pulang lagi kasut Man Kajang dia)

Baiklah itu sahaja setakat ini. Seronoknya dah nak Ramadhan!!!!

30 June 2012

Serius

Sekarang tengah jem gila dalam basement parking CIMB. Apa lah yang yang ramai sangat datang Jalan TAR Sabtu ni. Jem atas jalanraya ada lah munasabahnya. Ni dalam parking. Dah sejam tunggu. Dalam duk menunggu tu, banyak jugak yang aku fikir.

Alhamdulillah. Masuk hari ni genap sebulan aku berkahwin. Penat jugak jadi isteri. Kerja. Kemas rumah. Masak. Basuh baju. Dan kerja sampingan yang sulit. Haha. Lepas aku kahwin ni, aku rasa aku jadi orang yang makin tinggi tahap kesabaran. Tak berminat dengan pergaduhan apatah lah bergaul bebas (gaya cerita macam sosial). Mungkin aku dah ada kesedaran sivik dalam kehidupan aku ni. Aku pun dah mula sedar apa yang penting dan apa yang tak berapa penting untuk aku. Dan aku mula tak kisah apa yang orang lain nak kutuk atau cerita pasal aku. Sebabnya mulut manusia mana boleh tutup. Ceritalah apa sahaja cerita asalkan aku sendiri tahu betul atau tak cerita itu. Kumpul lah sebanyak mana ahli membenci aku selagi boleh, aku akan tetap tak kisah. Harap berbahagialah dunia akhirat.
Stress di waktu jem dah jadi melalut. Kehkehkeh. Selamat menjalani kehiudapan yg lebih barakah. Amin. Tak sampai sebulan lagi nak Ramadhan. Terima kasih Allah. :)))

 p/s: I am who i am today because of the choices I made yesterday! -sumber:Google-

12 June 2012

Dah kahwin yabedabedu

Hai Assalamualaikum.

Haa kemain ceria lagi intro. Seronok sungguh. Hari ni first day kerja selepas 13 hari cuti (termasuklah Sabtu dan Ahad). Excited nak masuk kerja hari ni, sebab suami hantar. hik hik hik (gelak gatal ketiak). Lagi satu sebabnya dah selesai semua majlis. Semua berjalan lancar. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih sangat-sangat kepada semua yang sangat banyak membantu. Especially SGF yang dikerah tenaga dari hari Khamis sampai lah hari kenduri. Muka lesu pucat-pucat sebab bekerja keras pun, masih mampu jerit-jerit histeria kalau nampak kamera. Tenaga luar biasa. Ibarat rasukan ablasa. Terima kasih sohabat semua.

Oh untuk keluarga mertua (ececeh dah ada mertua yaw), terima kasih banyak-banyak sebab banyak sangat-sangat sebab banyak membantu. Along yang gigih basuh telur pelbagai rupa. Akak yang gigih dengan pelbagai jenis coklat. Mama pun gigih tak habis-habis kemas rumah. Papa pun gigih (tengok tv.. hehe lebiu Papa), tak lupa Abang Boy pun gigih jugak, angkat barang super banyak. Terima kasih banyak-banyak.

Ok lah. Nanti kita cerita kejayaan buat veil nikah di lain episod. Letih lah nak menaip. Maklumlah balik rumah karang nak memasak. Ahaks.



 Saja letak gambar ni. Nampak kurus. Bukan selalu nampak kurus kan. kan. kan.


19 May 2012

13 days to go

[Cerita pendek sependek hatiku]
 
Apa yang aku buat sekarang? Duduk diam sambil berfikir (berfikir apa yang perlu difikirkan). Dah letih rasanya. Haha. Sebenarnya sedikit nervous. Dengan veil yang tak tau lagi apa outcome nya. Tak apa. Hari ni hari bersantai duduk di rumah sambil jerit-jerit pada Mikhail dan Sabrina. Lari guling-guling sana sini macam tikus mondok. Sekarang aku fikir nak cuti je. Nak tido kalau boleh 20 jam sehari sampai hari nikah. Baru lah rasa jelita di kala itu. 

Bye caudemau.

05 April 2012

Perbualan menghiburkan

Perbualan dua kanak-kanak dalam kereta
**************************************
Bena: Kail, kenapa kau pakai songkok dalam kereta?
Kail: Biarlah. Songkok ni wajib dipakai.
Bena: Tapi songkok ni kena pakai kat sekolah je kan.
Kail: Mana ada. Eleh. Kau tak tau kan apa maksud wajib.
Bena: Eh kite tau lah. Kau ingat kite tak tau ke. Wajib tu maksudnya BERDOA KEPADA ALLAH SWT.
Kail: (Diam. malas nak layan)

Hiburan sungguh mendengarnya. hahaha

12 March 2012

Untitled

Assalamualaikum,

Kali ni rasa pelik bila menulis dalam mood serius. Tak pernah lagi rasanya. Hehe. Bila tengok tracker, lagi 2 bulan setengah dah nak menikah. Mungkin tu salah satu sebab mudah sangat nak marah, sensitif dan pelbagai lagi emosi tua.

Kali ni bukan nak bercerita perihal kahwin lagi. Muak rasanya. Kalau cerita pasal preparation, memang tak pernah puas. Ada yang lebih penting lagi yang aku rasa dalam hidup ni selain fikir hal kahwin.

Selama 26 tahun aku hidup di atas muka bumi ni, syukur alhamdulillah. Allah kurniakan aku kesihatan yang baik, makan minum yang cukup walaupun tak semewah orang lain, orang sekeliling yang cukup baik dan menghargai aku. Terima kasih banyak kepada semua.

Seperti yang semua sedia maklum. Yang memang cukup maklum dengan perangai aku. Pemarah. Tak penyabar. Cakap lepas. Aku cukup berterima kasih kepada semua orang yang disekeliling aku especially kawan-kawan aku yang paling lama berada di sisi aku semenjak umur 13 tahun, yang cukup penyabar dengan perangai aku. Kawan-kawan aku anggap keluarga pertama dalam hidup aku. Mungkin ada orang salah anggap. Aku ni tak ada keluarga ke sibuk nak jadikan kawan-kawan sebagai keluarga sendiri. Hehe. Aku tak berapa rapat dengan adik-beradik aku sebab gap jauh sangat, Itu satu. Dengan mak jelah aku rapat. Itu pun jarang jumpa sebab duduk asrama dari umur 13 tahun. Dengan kawan-kawanlah aku bercerita. Cerita sedih. Cerita gembira. Semua cerita boleh cerita. Mengumpat. Bergaduh. Berkawan semula. Bergaduh lagi. Tak pernah habis.

Sebelum aku melangkah ke alam perkahwinan, aku rasa ini lah masa yang sesuai untuk aku minta maaf sekiranya ada apa-apa kesusahan terhadap korang semua atau ada terkasar bahasa. Untuk semua kawan-kawan aku, aku minta maaf selama ni setiap perkataan aku ada menyakitkan hati sesiapa. Tak kiralah korang semua berada kat mana, Malaysia ke, Australia ke, Ulu Klang ke. Dari hati yang ikhlas, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Doakan yang terbaik untuk aku (macam nak mati pulak). Duduk bersama dengan korang semua tak pernah aku lupakan. Korang adalah kawan terbaik yang aku pernah ada. Bergaduh macam mana pun, korang tetap ada. Terima kasih banyak-banyak.

Untuk mak, doakan Siti. Siti sayang mak banyak-banyak. Tak ada apa lagi yang Siti minta. Doakan Siti hidup dengan baik di muka bumi. Al-fatihah untuk mak.

Wassalam.

29 January 2012

Hasil tangkapan lumayan

Assalamualaikum dan hai hai hai,

Adui penat kaki. Rasa baru lepas sukan sekolah. Berjalan kat Nilai 3 daru pukul 11 pagi tadi sampailah pukul 3 petang. Rasa nak tercabut urat-urat. Tapinya, boleh gila kalau duduk lagi lama kat situ. Semua nak beli. Kalau boleh, pelamin pun rasa nak pasang sendiri. Biasalah, berangan sendiri.

Sebenarnya, aku temankan Encik tunang dan ibu. Nak mencari doorgift asalnya. Survey semua tempat. Banyak sangat benda yang cantik-cantik. Tak tahu nak pilih mana. Itu cantik. Ini cantik. Sana cantik. Sini cantik. Boleh sembelit rasanya sebab tak tau nak decide yang mana.

Aku masuk kedai sini, terjumpa 1 dulang yang memang perghhh kebabom. Rasa nak duduk atas dulang tu lah sebab rasa exicted sangat. Harga RM59.90. Buy 1 free 1. Maksudnya 1 dulang dalam Rm30. Hmmm. Dalam hati geleng-geleng. Tapi kepala angguk-angguk. 1 Kalau dah 9 dulang, maknanya RM270. Itu dulang saja. Aku fikir masak-masak, rasa tak berbaloi. Kata nak jimat, tapi jadi membazir pulak. Jadi, aku pendamkan hasrat hati aku yang terluka itu. Jalan kedai lain pulak. Lama-lama duduk situ, hati aku terguris tengok dulang tu.

Masuk kedai ni, aku nampak dulang yang aku suka jugak. Tapi hari tu aku tengok kat ThankQ harga dia RM24.90. Bagi aku mahal jugak. Sebab aku nak kena beli 9. Sekali aku tengok kat kedai ni RM22.90. Oh kurang RM2. Boleh jugak ni. Tapi, aku kena gunakan kehebatan aku jugak ni. Aku kena tawar lagi. Aku pun tanya kakak jurujual tu. Aku tawar punya tawar, at last dia bagi RM19. Aku pun melompat kegirangan (ok lompat tu tipu). Terus aku ambil 9 dulang. Kakak tu siap tunjukkan aku cara macam mana nak pasang bunga lah, itu lah. Tak kedekut ilmu langsung. Service best. Tak berlagak. Tak kerek. Baru syok membeli. Nama kedai tu adalah Astana Mayang Sari.

Inilah dulang yang berharga RM19 itu. Kat ThankQ dengan kedai depan-ThankQ-tak-ingat-nama RM25 ok.
*Sorry kualiti gambar kurang menyenangkan. Biasalah, adik-adik amek gambar*


Marilah kita bersama-sama berdoa agar projek DIY aku yang seterusnya (buat hantaran) berjaya!! Hehe..... :)

24 January 2012

DIY pertama untuk wedding

Hai hai hai,

Wah wah, nampaknya Kak Nita sedikit 'busy'. Bukan apa, baru pindah kerja baru. Susah sikit Kak Nita nak 'adapt' dengan kerja baru ni. Hari-hari kena bangun awal pagi. Sebal sikit kepala ahhkakkk.

Okey tak nak cerita panjang.

Cerita pasal nak kahwin ni, tengok-tengok kat tracker tu, ada lagi 4 bulan. Ohhhhoooiiii (tukar mode M. Daud Kilau). Rasa berdebar-debar bukan main. Bukan berdebar nak kahwin. Rasa macam tiba-tiba semua tak cukup. Risau macam-macam tak menajadi. Bukan senang nak menguruskan semua sendirian berhad. Tapi tak apa. Anak Sarudin pasti boleh!

Sekarang ni aku tengah buat projek DIY. Haaaa haaa berdebar tak dengar. Aku yang tengah buat ni lagi lah berdebar sendirian. Haha tapi nak cut cost punya pasal, kita teruskan jugak. Apa yang aku buat? He he he.

Ni lah DIY pertama aku masa bertunang dulu. Veil. He he he. Tak lawa pun. Tapi puas hati lah sebab buat sendiri. Aku mana lah ada sijil menjahit. Tapi janji ada kan.

Jadi kali ni, aku dah bertekad nak men DIY kan aku punya veil nikah. Sebab kalau beli, ak tengok harga dia mak aih terjojol mata. Lebih baik buat sendiri. Harap-harap berjaya. Nanti aku hapdet gambar veilnya (itu pun kalau menjadi)...