20 August 2011

Khemah punya cerita

Helo helo helo. Kopi O dengan Milo.....

Tadi pergi jumpa "orang khemah". Aku suka betul dengan marquee tent. Ala, yang omputeh selalu pakai time kahwin tu. Luas. Boleh golek kiri kanan.

Sebelum tu dah called and tanya berapa harga. "Orang khemah" kata, kalau marquee tent boleh muat dalam 60pax dalam 1 khemah. Dan harganya adalah RM800 tanpa kerusi dan meja. Kira ok jugaklah. Itu yang pakai kipas.

Jadi, tadi aku pergi nak tanya harga dengan lebih lanjut. Aku pun tanya lah kalau yang pakai aircond tu berapa ye. Dia pun cerita pokpekpokpekpokpekpokpekpokpekpok (memang panjang), tup-tup RM5000++ untuk 1 khemah sahaja termasuk aircond dan kerusi+meja. Aku pun...."tanjat boboy" lah kat situ. Takkan nak kahwin ajak 60 orang je duduk dalam khemah tu. Hehe. Mahal betul khemah tu.Sama harga sewa sebiji Dewan Siantan.

Maka dengan ini, aku dan Encik Tunang teruskan pencarian mencari dewan. Jalan punya jalan punya jalan, tiba-tiba nampak dewan yang sangaaaaattttt cantik. Terpaksalah aku melupakan marquee tent tu.

Marquee tent dalam kenangan:




4 comments:

Orkedanza said...

awak..dewan mn yg cantek tu..share pls. i tgh crk dewan tp siantan n melati da fully booked utk disember 2012.

Echah Sarudin said...

Dua-dua pun cantik. Tapi dewan siantan boleh muat 500 pax. Dewan Melati boleh muat dalam 300-400 pax je.

Anonymous said...

Hi Ecah,

nak tanyala, yg u tanya marquee tent 2 kat sape ye? tlg kasi email/no ph org tu. nk usha2 marquee tent gak ni. tlg email ye risk_rnph@yahoo.com

tq so much

Echah Sarudin said...

Hi Anonymous,

Alamak, sorry sangat. Memang tak ingat apa nama tempat tu. Sebab dah lama sangat. Tempat dia dekat dengan lrt damai. :)))) Sebabkan marquee tent tu mahal sangat, terus lupa. Haha. Sorry.