11 January 2011

Surat untuk uncle belakang rumah

Sepatutnya waktu sekarang tengah gayut-gayut dengan pakwe. Tapi dah call banyak kali tapi pakwe tak angkat. Tengok home alone sampai tertidur-tidur lah tu. Abaikan. Haha.


Anjing-anjing comel (tak pernah tengok pun rupa anjing & berapa ekor pun tak penah tau) uncle belakang rumah ni setiap hari menjerit-jerit. Pagi. Petang. Siang. Malam. Entah kenapa lah. Kembung perut ke, makanan tak sedap ke. Nasib baik lah aku ni ada semangat kebinatangan. Jadi, tak rasa terganggu sangat lah.

*********************************************

Kehadapan uncle belakang rumah yang banyak sangat anjingnya,

Setiap malam binatang kesayangan uncle terpekik terlolong. Saya rasa uncle buat donno je dengan binatang uncle semua. Uncle tak patut buat macam tu. Depa pun makhluk Tuhan.

Uncle, cuba uncle check makanan depa. Mana tau dah basi ke. Rasa masam ke. Apa salahnya uncle rasa secuit sikit. Sedap ke tak. Kalau uncle rasa tak sedap, depa apatah lagi. Kalau uncle bagi makanan biskut, cuba uncle try kunyah. Entah-entah dah lemau.

Uncle, tolong selami hati anjing-anjing uncle. Kesian depa meraung-raung tak tentu hala. Habis kotak suara depa.

Good night uncle.

No comments: