24 January 2011

Kakak kerek minta penampar

Hari minggu baru ni memang penuh dengan aktiviti. Tak terkira banyaknya. Nasib baik tak ada skytrex lagi. Kalau tak, turun lagi 2kg. (Saja nak bagitau berat dah turun 2kg yaww).

Hari Khamis lepas pergi ke Shah Alam. Pergi beraya sana-sini kejap. yelah. Thaipusam. Mana boleh lepaskan peluang beraya. 1Malaysia bro. Ok, jangan terpesong.

Tujuan pergi Shah Alam sebenarnya nak jumpa kakak SaidatulNisa. Alaaa. Yang mekap-mekap muka jadi cun tu. Tak susah pun cari kedai dia. Tapi sampai je kedai kakak ni, ada sorang pekerja dia. Duduk anggun layan customer yang dah buat appointment kot. Memandangkan gua tak buat appointment, gua duduk diam-diam la kat sudut kedai belek-belek pintu sikit, baju kat patung sikit, malu lah katakan. Tak buat appointment. Lepas je customer tadi angkat bontot, gua cepat-cepat pergi kat kakak cun tu. Tapi kakak tu muka malas nak layan gua lah. Sebab gua selebet ke sebab gua ni pokai. Penat kerja ke. Penat pasang pelamin ke. Tak tahu lah mana satu sebab dia. Jadi disebabkan kakak tu buat-buat kerek macam dia tu SaidatulNisa, gua pun tanya harga mekap jelah. Dia siap tanya gua duduk mana. Gua bitau lah gua tinggal Kajang. Ada ke dia soh gua pegi Man Kajang. Kalau gua nak pegi Man Kajang, buat apa gua pegi kedai dia. Statement minta penampar betul. Lepas tu gua berambus pergi dating makan kuey toew goreng. Habis cito.


No comments: