26 January 2011

Jangan menangis ye kawan

Ini merupakan entri kedua untuk hari ini. Ada banyak masa yang perlu disia-siakan. Jadi, lebih baik manfaatkan dengan perkara berfaedah. Jangan asyik bukak beautifulnara je cari gosip pasha sandak.

Memandangkan hari ni adalah hari terakhir anis, iaitu ketua kepada segala aktiviti syarikat selama ni, jadi aku pun kumpulkan lah bahan-bahan bukti keseronokan hidup dia dan kami semua. Aku ni selalu gaduh dengan anis. Kadang-kadang bengang betul dengan mulut joyah sport dia ni. Tapi nasib baik dia ni gemuk, pendek dan comel (takut kereta kena calar). Jadi malas nak ambil hati banyak-banyak.

Selama kerja dengan mereka-mereka ini, memang menarik. Bangun awal-awal pagi sebab beriya nak pergi kerja (memang menipu). Sebab setiap hari ada je menu yang dibincangkan. Kira kau takkan mati kebuluran lah kalau kerja dengan diorang ni. Bagus kan. Memang kebajikan terjaga. Mulut sekor-sekor memang tak boleh tahan. Tapi boleh kecik hati kejap je. Sebab lepas tu mesti ada je benda nak dibuat bahan ketawa. Konon nak amek hati. Blah lah. Ok lah. cerita panjang-panjang pun tak guna. Aku sertakan gambar keseronokan berparti di tempat kerja. Jumpa lagi!! Jangan menangis ye kawan-kawan.. :(

Kan dah kata mesti ada makanan



Kau rasa akan kebulur tak kalau macam ni punya makanan?



Mesti ada isu nak dibincangkan. Mesti ada punya!



Lepas makan, berlibur lagi. Bila tah bekerja.


Kalau pergi kerja nampak orang-orang ni tak datang, mesti patah balik rumah.


Ni yang sopan sikit. Rupanya memang boleh serius.



p/s : Alahai, macam mana lah lepas ni. Mesti kurus.

1 comment:

Anonymous said...

makin kuyus la gue cmni..mane maw cri byk mknn klu xde org2 cmni...
uwaaaaa...mcm ne nk gosip2 lg klu xde org2 cmni...huaaaaaaaa