27 January 2011

Jangan buat gua hon lu selama 5 minit

Aku pelik betul lah dengan sesetengah pemandu kereta yang memang aku tak tau lah apa dia belajar masa belajar memandu dulu-dulu. Rasuah cikgu ke. Tak pun cikgu tidur masa kau bawak kereta ke. Atau pun, cikgu kau yang tolong bawakkan kereta kau sebab semak dengan cara pemanduan kau yang boleh bunuh ramai orang di jalan raya.

Meh sini aku ajar kau. Tolong bagi signal dulu, lepas tu tolong tengok side mirror ada kereta ke tak baru masuk. Bukannya kau bagi signal lepas tu kau tawakkal je redah masuk lane orang. Dah lah hon kereta aku masuk air. Aku pun jadi segan nak hon tau tak. Tolong jaga maruah hon aku.


p/s : Jangan buat gua marah. Gua garang ibarat harimau bintang.

2 comments:

absyaB3$h said...

wah..kedengaran sungguh liar dan menggerunkan..

Anonymous said...

hahaha.... marah ko ada unsur lawak disitu...