10 January 2011

Cerita bosan azam baru macam dulu-dulu

Hello. Hai. Assalamualaikum. Masih tak terlambat nak ucapkan selamat tahun baru. Hari ni baru 10 haribulan. Kira ok lah belum sampai setengah bulan. Hehe. Selamat Tahun Baru 2011. Apa azam tahun baru korang?

Aku seperti biasa. Azam tahun baru memang banyaaaakkkk. Tapi dari tahun-tahun sebelumnya memang tak tercapai-capai. Tergapai-gapai lagi. Macam mana nak plan azam yang baru. Kalau carry forward, tak cukup 365 hari nak buat semua.

Jadi, azam baru aku pada kali ni adalah tak nak bagitau apa azam aku. Sebabnya kalau aku canang sana-sini, hebah sana-sini, insyAllah susah nak menjadi. Jadi, lebih baik diam dari banyak sangat cakap. Simpan diam-diam. Rahsia. Kalau tak jadi, diri sendiri je yang tau. Lebih selamat.

Selit sikit je. AJL semalam. Nasib baik tak tunggu sampai result. Aku terjaga pukul 2 pagi. Terus capai telepon nak check sapa menang. Alahai. mengecewakan betul. Aku berharap sangat Abang Pejal menang. Jaket dah berkilat. Rambut dah gerbang. Tak apa lah. Aku redha.

p/s: Mesti berubah serta-merta. BERUBAH!!

No comments: