20 August 2011

Khemah punya cerita

Helo helo helo. Kopi O dengan Milo.....

Tadi pergi jumpa "orang khemah". Aku suka betul dengan marquee tent. Ala, yang omputeh selalu pakai time kahwin tu. Luas. Boleh golek kiri kanan.

Sebelum tu dah called and tanya berapa harga. "Orang khemah" kata, kalau marquee tent boleh muat dalam 60pax dalam 1 khemah. Dan harganya adalah RM800 tanpa kerusi dan meja. Kira ok jugaklah. Itu yang pakai kipas.

Jadi, tadi aku pergi nak tanya harga dengan lebih lanjut. Aku pun tanya lah kalau yang pakai aircond tu berapa ye. Dia pun cerita pokpekpokpekpokpekpokpekpokpekpok (memang panjang), tup-tup RM5000++ untuk 1 khemah sahaja termasuk aircond dan kerusi+meja. Aku pun...."tanjat boboy" lah kat situ. Takkan nak kahwin ajak 60 orang je duduk dalam khemah tu. Hehe. Mahal betul khemah tu.Sama harga sewa sebiji Dewan Siantan.

Maka dengan ini, aku dan Encik Tunang teruskan pencarian mencari dewan. Jalan punya jalan punya jalan, tiba-tiba nampak dewan yang sangaaaaattttt cantik. Terpaksalah aku melupakan marquee tent tu.

Marquee tent dalam kenangan:




14 August 2011

Dewan anganku musnah

Helo...Hai....

Diam tak diam, dah masuk bulan Ramadhan. Dah nak raya dah pun. Ok lah. Selamat berpuasa. Kira awal lagi ni sebab baru hari ke-14. Esok kira lambat dah lah. Dah setengah bulan puasa. Hehe.

Ini bukan nak cerita pasal puasa. Tapi nak cerita pasal aku sibuk gatal-gatal nak kahwin dah. Eeeehhhhh..malu. Tapi yang penting bukan tahun ni lah. Kalau tahun ni, mesti aku dah kurus (masalah kewangan kronik). InsyaAllah, kalau dipanjang umur, dipanjangkan jodoh, ada lah tu.

Oh, ini nak cerita pasal hall yang aku dah booked 2 bulan lepas. Ish. Kecewa betullah. Dah bayar deposit untuk Dewan Siantan, Putrajaya, alih-alih encik tukang jaga hall tu call baru ni. Bagitau yang gomen nak celebrate Minggu Belia date aku tu. Diorang minta aku percepatkan tarikh kahwin or tangguhkan. Ikut suka hati gembira lalalala dia je. Jadi, aku malas nak fikir banyak, cancel je kahwin kat situ. Mana boleh. Belah encik tunang dah booked hall. Dah booked caterer. Takkan kahwin side laki dulu baru kahwin side aku. Jadi, kesimpulannya, jangan cari gaduh. Cancel saja.

Secara positive nya, mungkin ada hikmah. Hall di Putrajaya tu agak mahal jugak. Bila dah cancel tu, mungkin Allah nak mempermudahkan urusan kita nanti. Mempermudahkan kewangan kita jugak. Nasib baik dapat tempat lain. Walaupun tak secantik Dewan Siantan, yang penting kahwin je lah kan. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan yang lain.

09 June 2011

Tunangan Orang. Auw :p

Hello and Assalamualaikum.
Mood tengah baik. Almost 5 months tak update blog ni. Tak ada masa. Masa banyak dihabiskan dengan orang-orang tak berguna sekeliling. hahaha.. Sayda mula lah terasa lebih-lebih tu. I love u Tam.

Sabtu baru ni dah selamat dah bertunang. Yabedabedu. Tak percaya dah bertunang dengan babang. Dulu sebelum bertunang, panggil babang. Sekarang dah bertunang kena panggil Bunang (babang+tunang). Shuwitnyaaaaaaaaa.

Tak ada banyak benda nak cerita. Letak gambar jelah buat tontotan umum. Cuma nak berterima kasih banyak-banyak amat banyak sangat banyak kat kawan-kawan especially SAYDA, SHUZE, NADIAWANI, HABSAH, HAMSTER, KAMALIAH, NATRA, WANITA,DAK PIS, AFFA & NUZUL sebab datang tolong and memeriahkan majlis. Jiran kejiranan sini ingat kenduri kahwin dah sebab budak-budak ni galak menjerit meracau sana sini.


Gambar nantilah ye. Sabar. Muahhhh. Babai.

27 January 2011

Jangan buat gua hon lu selama 5 minit

Aku pelik betul lah dengan sesetengah pemandu kereta yang memang aku tak tau lah apa dia belajar masa belajar memandu dulu-dulu. Rasuah cikgu ke. Tak pun cikgu tidur masa kau bawak kereta ke. Atau pun, cikgu kau yang tolong bawakkan kereta kau sebab semak dengan cara pemanduan kau yang boleh bunuh ramai orang di jalan raya.

Meh sini aku ajar kau. Tolong bagi signal dulu, lepas tu tolong tengok side mirror ada kereta ke tak baru masuk. Bukannya kau bagi signal lepas tu kau tawakkal je redah masuk lane orang. Dah lah hon kereta aku masuk air. Aku pun jadi segan nak hon tau tak. Tolong jaga maruah hon aku.


p/s : Jangan buat gua marah. Gua garang ibarat harimau bintang.

26 January 2011

Jangan menangis ye kawan

Ini merupakan entri kedua untuk hari ini. Ada banyak masa yang perlu disia-siakan. Jadi, lebih baik manfaatkan dengan perkara berfaedah. Jangan asyik bukak beautifulnara je cari gosip pasha sandak.

Memandangkan hari ni adalah hari terakhir anis, iaitu ketua kepada segala aktiviti syarikat selama ni, jadi aku pun kumpulkan lah bahan-bahan bukti keseronokan hidup dia dan kami semua. Aku ni selalu gaduh dengan anis. Kadang-kadang bengang betul dengan mulut joyah sport dia ni. Tapi nasib baik dia ni gemuk, pendek dan comel (takut kereta kena calar). Jadi malas nak ambil hati banyak-banyak.

Selama kerja dengan mereka-mereka ini, memang menarik. Bangun awal-awal pagi sebab beriya nak pergi kerja (memang menipu). Sebab setiap hari ada je menu yang dibincangkan. Kira kau takkan mati kebuluran lah kalau kerja dengan diorang ni. Bagus kan. Memang kebajikan terjaga. Mulut sekor-sekor memang tak boleh tahan. Tapi boleh kecik hati kejap je. Sebab lepas tu mesti ada je benda nak dibuat bahan ketawa. Konon nak amek hati. Blah lah. Ok lah. cerita panjang-panjang pun tak guna. Aku sertakan gambar keseronokan berparti di tempat kerja. Jumpa lagi!! Jangan menangis ye kawan-kawan.. :(

Kan dah kata mesti ada makanan



Kau rasa akan kebulur tak kalau macam ni punya makanan?



Mesti ada isu nak dibincangkan. Mesti ada punya!



Lepas makan, berlibur lagi. Bila tah bekerja.


Kalau pergi kerja nampak orang-orang ni tak datang, mesti patah balik rumah.


Ni yang sopan sikit. Rupanya memang boleh serius.



p/s : Alahai, macam mana lah lepas ni. Mesti kurus.

Gua dapat bunga laaaa

Hahahahahahahaha...gua dapat bunga baiiiiii...itu je nak cakap. Auwwww. Malu lah. Comel betul babang ni. Macam ikan paus je comel nya. Muahhh. Thank you babang. Tak jadi merajuk dah.



Kali ni ada gambar lah.




25 January 2011

Hari yang kurang enak ya dong

Baru aku sedar, dah lama blog aku tak ada gambar. Malas lah nak upload gambar. Nanti kalau ada cerita menarik diiringi aksi menarik, aku letak lah gambar. Gambar tepi swimming pool ke. Tak pun gambar kemban yang pergggghhhh.

Eh, kenapa tiba-tiba cerita pasal gambar pulak. Sebenarnya mood sedih. Tak berapa sedih sangatlah. Cuma bercampur-baur. Ye lah. Bila keadaan macam ni, orang sana push. Orang sini push. Rasa menyusahkan banyak pihak pulak. Sedih senyap-senyap boleh jadi gila pulak. Baik buka youtube layan mr. bean. Lagi enak. Jadi, kesimpulannya duduk diam-diam. Buat hal sendiri senyap-senyap. Abih cito.



p/s: Besok cuba upload gambar yang perggghhh. Janji tak kacau hidup orang.

24 January 2011

Kakak kerek minta penampar

Hari minggu baru ni memang penuh dengan aktiviti. Tak terkira banyaknya. Nasib baik tak ada skytrex lagi. Kalau tak, turun lagi 2kg. (Saja nak bagitau berat dah turun 2kg yaww).

Hari Khamis lepas pergi ke Shah Alam. Pergi beraya sana-sini kejap. yelah. Thaipusam. Mana boleh lepaskan peluang beraya. 1Malaysia bro. Ok, jangan terpesong.

Tujuan pergi Shah Alam sebenarnya nak jumpa kakak SaidatulNisa. Alaaa. Yang mekap-mekap muka jadi cun tu. Tak susah pun cari kedai dia. Tapi sampai je kedai kakak ni, ada sorang pekerja dia. Duduk anggun layan customer yang dah buat appointment kot. Memandangkan gua tak buat appointment, gua duduk diam-diam la kat sudut kedai belek-belek pintu sikit, baju kat patung sikit, malu lah katakan. Tak buat appointment. Lepas je customer tadi angkat bontot, gua cepat-cepat pergi kat kakak cun tu. Tapi kakak tu muka malas nak layan gua lah. Sebab gua selebet ke sebab gua ni pokai. Penat kerja ke. Penat pasang pelamin ke. Tak tahu lah mana satu sebab dia. Jadi disebabkan kakak tu buat-buat kerek macam dia tu SaidatulNisa, gua pun tanya harga mekap jelah. Dia siap tanya gua duduk mana. Gua bitau lah gua tinggal Kajang. Ada ke dia soh gua pegi Man Kajang. Kalau gua nak pegi Man Kajang, buat apa gua pegi kedai dia. Statement minta penampar betul. Lepas tu gua berambus pergi dating makan kuey toew goreng. Habis cito.


20 January 2011

Tak ada tajuk lah

Assalamualaikum
Hello
Hai
Halo halo halooooooooooo

Lately ni ada banyak benda aku nak cer cite cer cite. Tapi aku rasa macam tak sesuai nak hebah-hebahkan kat satu dunia. Yelah. Sesuai dengan perangai aku yang malu-malu abu ni, jadi baik simpankan saja dulu. Bila ada masa yang sesuai, aku cer cite kan lah.

Baiklah. Sekarang ni aku kat taman tun. Tengah menunggu norman mandikan agus. Disebabkan selalu sangat mandi, habis dah tanda A kat badan agus. Baguslah. Bersih. Bebas kotoran degil. Sedegil norman.

Apa aku nak cerita ni? Sempena thaipusam ni, aku nak pergi merayau lah. Kata 1Malaysia baiiiii. Caudemau.

11 January 2011

Surat untuk uncle belakang rumah

Sepatutnya waktu sekarang tengah gayut-gayut dengan pakwe. Tapi dah call banyak kali tapi pakwe tak angkat. Tengok home alone sampai tertidur-tidur lah tu. Abaikan. Haha.


Anjing-anjing comel (tak pernah tengok pun rupa anjing & berapa ekor pun tak penah tau) uncle belakang rumah ni setiap hari menjerit-jerit. Pagi. Petang. Siang. Malam. Entah kenapa lah. Kembung perut ke, makanan tak sedap ke. Nasib baik lah aku ni ada semangat kebinatangan. Jadi, tak rasa terganggu sangat lah.

*********************************************

Kehadapan uncle belakang rumah yang banyak sangat anjingnya,

Setiap malam binatang kesayangan uncle terpekik terlolong. Saya rasa uncle buat donno je dengan binatang uncle semua. Uncle tak patut buat macam tu. Depa pun makhluk Tuhan.

Uncle, cuba uncle check makanan depa. Mana tau dah basi ke. Rasa masam ke. Apa salahnya uncle rasa secuit sikit. Sedap ke tak. Kalau uncle rasa tak sedap, depa apatah lagi. Kalau uncle bagi makanan biskut, cuba uncle try kunyah. Entah-entah dah lemau.

Uncle, tolong selami hati anjing-anjing uncle. Kesian depa meraung-raung tak tentu hala. Habis kotak suara depa.

Good night uncle.

10 January 2011

Cerita bosan azam baru macam dulu-dulu

Hello. Hai. Assalamualaikum. Masih tak terlambat nak ucapkan selamat tahun baru. Hari ni baru 10 haribulan. Kira ok lah belum sampai setengah bulan. Hehe. Selamat Tahun Baru 2011. Apa azam tahun baru korang?

Aku seperti biasa. Azam tahun baru memang banyaaaakkkk. Tapi dari tahun-tahun sebelumnya memang tak tercapai-capai. Tergapai-gapai lagi. Macam mana nak plan azam yang baru. Kalau carry forward, tak cukup 365 hari nak buat semua.

Jadi, azam baru aku pada kali ni adalah tak nak bagitau apa azam aku. Sebabnya kalau aku canang sana-sini, hebah sana-sini, insyAllah susah nak menjadi. Jadi, lebih baik diam dari banyak sangat cakap. Simpan diam-diam. Rahsia. Kalau tak jadi, diri sendiri je yang tau. Lebih selamat.

Selit sikit je. AJL semalam. Nasib baik tak tunggu sampai result. Aku terjaga pukul 2 pagi. Terus capai telepon nak check sapa menang. Alahai. mengecewakan betul. Aku berharap sangat Abang Pejal menang. Jaket dah berkilat. Rambut dah gerbang. Tak apa lah. Aku redha.

p/s: Mesti berubah serta-merta. BERUBAH!!