22 September 2010

Dah Pindah!!

Hari ni aku kena pindah tempat duduk dalam opis. Mula-mula bila bos buat pengumuman, aku cuak. Yelah. Aku dah mula rasa bos macam nak tembak aku je. Mana taknya, kejap-kejap hilang. Kalau tak pegi kafe, pegi Alamanada, kalau tak pegi Alamanda, pegi toilet. Janji mesti hilang. Kalau tak hilang, rasa panas je bontot duduk lama-lama. Lagipun, tak bagus duduk lama-lama. Bontot membesar nanti. Tak seksi macam JLo.

Berbalik kepada cerita penghijrahan tempat tadi.

Bos buat keputusan muktamad. Tak ada rayuan. Memang tak ada belas kasihan. Lagi tegas, kena pindah hari ni jugak. Tak boleh esok-esok. Apa kena bos ni. Aku pun lagi cuak. Takkan nak duduk dekat dengan dia. Line tak clear lah macam ni. Macam mana nak buat kerja? Macam mana nak buka facebook? Mana nak stalk blog orang. Banyak kerja nak kena buat. Aku rasa bos ni saja lah tu nak dengki-dengki dengan aku.

Lepas aku kemas-kemas, aku pun angkut barang-barang yang sangat lah banyak. Sebijik cpu dan kertas setinggi ibu jari. Banyakkan. Aku mengadap bos lepas tu tanya, "Lu nak campak gua kat mana ni?" Jangan nak macam-macam sangat dengan gua". Tu dalam hati lah. Yang sebetulnya adalah, "Bos, mana tempat baru saya?". Bos pun senyum-senyum sambil tunjuk satu tempat tu.

Wow. Bersinar-sinar aku tengok tempat aku. Wow. Wow dan wow lagi. Bos letakkan aku kat tempat belakang sekali. Dan paling penting belakang aku adalah tingkap. Bukan lagi manusia. Wow lagi. Aku pun ucap terima kasih bos. Line memang clearrrrrr..

No comments: