20 February 2010

Pakcik Lapo Nak...

Tadi pergi makan kentaki. Tak payah tanya kat mana lah. Punyalah ramai. Nak kata ramai sampai nak kentut pun tak muatlah. Masuk-masuk nasib baik brader kentaki tengah lap meja. Terus duduk situ. Depan aku ada 1 keluarga bahagia. Ada ibu. Bapa. Dan seorang anak. Kira bahagia lah tu sempat makan kentaki.


Sementara tunggu makanan sampai, aku pun perati pakcik depan aku ni. Pakai kopiah. Ada blutut kat telinga. Maju juga pakcik ni. Aku pun masih pakai handsfree. Lebih kurang 5 minit, si anak sampai bawa makanan. Tak sempat si anak letak makanan, si bapa terus ambil coleslow sumbat dalam mulut. Baru 2 kali kunyah, dia gigit roti. Selepas kunyah 2 kali, dia gigit ayam pula. Kemudian kunyah 2 kali lagi, dia sumbat potato wedges. Kunyah 2 kali. Kemudian, dia terdiam. Tarik nafas dalam-dalam. Telan semua. Nampak makanan berjalan lalu tekak.


Sempat ke tak pakcik ni baca Bismillah.


p/s: Teringat masa sekolah. Tak sempat buat air milo, amek milo 3 in 1, tabur dalam mulut. Lepas tu masukkan air. Kocak-kocak pakai lidah. Siap untuk ditelan.

6 comments:

nuur atika said...

kebulur ke pe pak cik tuu??

hahaha..

ratah milo 3 in 1 tu slaloo gak buat mase

dok kat ostel...

Echah Sarudin said...

entahla..tak baca bismillah kot..tak pon nak rasa semua sekaligus. jimat masa. haha

ween said...

erk, senang nye bancoh milo? HAHA :D

morriss said...

waa.. anda rakam cara pakcik tu makan.. hahaaa... observer yg berjaya...

papillon putih said...

heheh. zaman dulu takde milo 3in1. makan je serbuk milo tu. kalau nak ada rasa susu dengan milo, togok susu cair.

zack said...

mgkin xpyh tmbah air..sbb da ade air liur..jd air milo gak...