18 February 2010

Nak Jadi Kaya

Masa kecil-kecil lagi aku dah menunjukkan bakat aku dalam perniagaan. Memang tak boleh dipertikaikan lagi. Lagi-lagi dalam perniagaan air susu soya. Nak kaya lah katakan. Dapat duit lebih boleh beli roti. Kalau boleh beli roti masa kecil-kecil, kira anak orang kaya. Kalau setakat beli aiskrim pop, pandang sebelah mata je.


Setiap kali selepas mandi, aku akan menghasilkan air susu soya. Ambil air. Ambil kapur kasut. Bancuh bersama dan kacau sehingga sebati. Dah siap. Masuk dalam plastik. Ikat gaya mamak. Pusing-pusing bagai. Nak ikat separuh pun boleh. Ikut permintaan macam mana. Kemudian, siap!


Lepas tu aku akan hantar ke rumah jiran. Makcik sebelah terpinga-pinga dapat air susu soya percuma. Aku kata mak yang bagi.


Selepas seminggu menjalankan promosi, mak dapat tau. Aku kena makan penampar dan dihukum sebat. Pedih bontot wa cakap lu! Jiran aku ni tak pandai simpan rahsia langsung. Tak boleh jadi rakan kongsi.

6 comments:

icejuliette said...

hahhaha...
leyh pulak cam tu ye??
bagoi btoi dr kecik da tahu pakar dlm bdang pe.. bdg perniagaan leyh uat duit tuu..

Echah Sarudin said...

nak beli ke? sebungkus 2kupang.bagi harga member je ni.

icejuliette said...

kupang xde la pulak nk beli.. hahahaha..
neway, url blog nie ape yee??

Rahsia said...

habis aku punya aiskrim laici yang sebenarnya air paip tu apa? ramai betul budak bodoh zaman dulu. hahaha!

Echah Sarudin said...

icejuliette: url? http://ucukacameong.blogspot.com
tau tak nak pronounce cemana. ada melodi dia sekali.

nani: hahaha..kesian gila.budak dulu bukan bodoh.kita yang bijak gila.berfikiran maju ke hadapan.setapak ke hadapan membawa berkat.

icejuliette said...

ciap ade melodi??
adess...