25 February 2010

Kerepek Milo

Besok cuti. Tak ada orang kat rumah. Semua pergi bergembira tinggal aku sorang. Ni yang rasa nak buat aktiviti lama. Nak buat kerepek milo. Caranya memang mudah.

Cara-caranya:

1. Pegi beli milo instant 3 in 1. Jangan beli milo 1kg pulak. Jenuh karang nak membuatnya. Tapi kalau tetap dengan pendirian nak juga milo 1kg, perlulah dilakukan dengan usaha gigih dan murni.

2. Ambil iron atau dalam bahasa jawa seterika. Guna seterika yang sedang-sedang je saiznya. Jangan guna seterika rambut pula. Tak panas sangat. Tapi kalau na betul-betul berkesan, dan panas, bolehlah guna seterika arang P.Ramlee dulu. Gosok 2 kali dah settle. Konfem stret.

3. Cocok-cocok sikit milo tu dengan jarum. Tak kisahlah jarum apa. Jarum peniti ke.Jarum menjahit ke. Jangan cocok sampai bocor pulak. Tujuannya untuk mengelakkan udara dalam peket tu terperangkap semasa proses mengkerepekkan ia.

4. Ambil kain. Alaskan atas milo tu. Letak atas iron board boleh. Atas sejadah pun boleh (sebab masa sekolah tak ada iron board).

5. Apa lagi, iron la milo tadi sepuas hati. Sampai betul-betul keras. Keras betul tau. Bukan keras main-main.

Boleh makan dah.

7 comments:

ramlah ram said...

hahaa. masa zaman dok hostel dulu rajen arr buat benda ni bile lapar

Echah Sarudin said...

biar betul zaman ramlah ram sekolah dulu ada milo 3 in 1.hahahahaahahahahahah

jemmy76 said...

wah camni punya resepi pun ada ke hehehehehe...

sheilazrien said...

wah!
xPEnah dGR pong pasaL kErepEk miLo niE.. HAHAHA.. boLEh aa cuBE buat ~

:D

papillon putih said...

ini lagi satu resepi yg tak boleh try masa zaman takde 3in1 dulu :)

yong_liza said...

haha..mmg best la..zaman skola sape x pnh wat mende nih..koman la~

cLoud9 said...

betol ek ble makan ek. ingat memain ja td.hehee