25 February 2010

Cerita Seram Malam Jumaat

Tadi ketika di meja makan, semua khusyuk mengadap makanan. Aku tak berapa khusyuk lah. Sebab dah kenyang. Tapi tetap gagah nak makan koko krunch. Sedap betul koko krunch ni. Pagi petang siang malam aku boleh makan. Siapalah yang reka koko krunch ni. Menghabiskan duit orang je. Oh tersasar cerita pasal koko krunch pula. Kita sambung....


Bila semua dah naik atas, tinggallah aku dan Bena. Umur Bena baru 4 tahun. Tak padan dengan umur, mulut macam makcik joyah sport. Kadang-kadang gaya dia rasa seperti Esah dalam 3 Dara Pingitan. Baca tak Gila-Gila? Dulu abah aku suka letak Gila-Gila dalam jamban. Jadi, dari membazir masa fikir bukan-bukan, kan bagus membaca. Amalkan budaya membaca. Tak kira di mana berada. Okey, kita sambung lagi.


Bena memang suka bercerita. Bab gosip. Cerita panas, memang dialah no.1. Kawan abang dia dekat sekolah pun dia boleh tau nama. Kuat betul daya ingatan si Bena ni.


Tiba-tiba, Bena membuka cerita.

B: "Cik Ti (itu panggilan manja aku sebagai makcik yang prihatin), hari tu Bena nak pergi toilet dekat bilik mama"
Aku dengar penuh perhatian. Nasib baik tutur percakapannya tak pelat. Senang nak faham.

B: "Bilik mama gelap masa tu. Bena takut. Tapi Bena nak kencing. Masa Bena buka pintu, Bena nampak ada kakak duduk dalam toilet. Rambut dia panjang. Hitam sangat muka dia"
Bena cerita penuh perasaan. Aku dah mula cemas. Apa budak ni cerita ni. Yelah. Selalunya, budak-budak umur macam ni susah nak menipu. Dia akan cerita apa yang dia nampak.

Bena pun sambung lagi,

B: "Bena takut sangat. Rambut dia panjang. Kuku dia panjang. Hitam juga"
Aku diam. Bena pun diam. Mungkin fikir ayat yang seterusnya.

C: "Bena tak panggil mama ke? Bena menangis tak?"

B: "Bena tak menangis"
Huh, kagum aku dengan keberanian si Bena ni. Bukan senang nak jumpa budak yang gagah berani. Aku pun terus mendengar. Risau juga nak dengar cerita seterusnya.

B: "Lepas tu, Bena panggil Icah. Icah datang cepat-cepat"
Aku pelik. Siapa pula Icah? Bertambah misteri nampaknya.

C: "Icah tu siapa Bena?" tanyaku ingin tahu.

B: "Kawan Bena lah. Icah datang bawa pistol. Dia tembak kakak tu. Kakak tu menangis. Lepas tu kakak tu bagitau ibu. Ibu pukul Icah"



Ahhhh...bengang pula aku dengar secara serius. Rasa nak telangkupkan mangkuk kat atas kepala dia. Dahla muka macam tomatoman.
Yang kiri tu lah tomatoman. Yang kanan kicapman.

No comments: