25 February 2010

Kerepek Milo

Besok cuti. Tak ada orang kat rumah. Semua pergi bergembira tinggal aku sorang. Ni yang rasa nak buat aktiviti lama. Nak buat kerepek milo. Caranya memang mudah.

Cara-caranya:

1. Pegi beli milo instant 3 in 1. Jangan beli milo 1kg pulak. Jenuh karang nak membuatnya. Tapi kalau tetap dengan pendirian nak juga milo 1kg, perlulah dilakukan dengan usaha gigih dan murni.

2. Ambil iron atau dalam bahasa jawa seterika. Guna seterika yang sedang-sedang je saiznya. Jangan guna seterika rambut pula. Tak panas sangat. Tapi kalau na betul-betul berkesan, dan panas, bolehlah guna seterika arang P.Ramlee dulu. Gosok 2 kali dah settle. Konfem stret.

3. Cocok-cocok sikit milo tu dengan jarum. Tak kisahlah jarum apa. Jarum peniti ke.Jarum menjahit ke. Jangan cocok sampai bocor pulak. Tujuannya untuk mengelakkan udara dalam peket tu terperangkap semasa proses mengkerepekkan ia.

4. Ambil kain. Alaskan atas milo tu. Letak atas iron board boleh. Atas sejadah pun boleh (sebab masa sekolah tak ada iron board).

5. Apa lagi, iron la milo tadi sepuas hati. Sampai betul-betul keras. Keras betul tau. Bukan keras main-main.

Boleh makan dah.

Cerita Seram Malam Jumaat

Tadi ketika di meja makan, semua khusyuk mengadap makanan. Aku tak berapa khusyuk lah. Sebab dah kenyang. Tapi tetap gagah nak makan koko krunch. Sedap betul koko krunch ni. Pagi petang siang malam aku boleh makan. Siapalah yang reka koko krunch ni. Menghabiskan duit orang je. Oh tersasar cerita pasal koko krunch pula. Kita sambung....


Bila semua dah naik atas, tinggallah aku dan Bena. Umur Bena baru 4 tahun. Tak padan dengan umur, mulut macam makcik joyah sport. Kadang-kadang gaya dia rasa seperti Esah dalam 3 Dara Pingitan. Baca tak Gila-Gila? Dulu abah aku suka letak Gila-Gila dalam jamban. Jadi, dari membazir masa fikir bukan-bukan, kan bagus membaca. Amalkan budaya membaca. Tak kira di mana berada. Okey, kita sambung lagi.


Bena memang suka bercerita. Bab gosip. Cerita panas, memang dialah no.1. Kawan abang dia dekat sekolah pun dia boleh tau nama. Kuat betul daya ingatan si Bena ni.


Tiba-tiba, Bena membuka cerita.

B: "Cik Ti (itu panggilan manja aku sebagai makcik yang prihatin), hari tu Bena nak pergi toilet dekat bilik mama"
Aku dengar penuh perhatian. Nasib baik tutur percakapannya tak pelat. Senang nak faham.

B: "Bilik mama gelap masa tu. Bena takut. Tapi Bena nak kencing. Masa Bena buka pintu, Bena nampak ada kakak duduk dalam toilet. Rambut dia panjang. Hitam sangat muka dia"
Bena cerita penuh perasaan. Aku dah mula cemas. Apa budak ni cerita ni. Yelah. Selalunya, budak-budak umur macam ni susah nak menipu. Dia akan cerita apa yang dia nampak.

Bena pun sambung lagi,

B: "Bena takut sangat. Rambut dia panjang. Kuku dia panjang. Hitam juga"
Aku diam. Bena pun diam. Mungkin fikir ayat yang seterusnya.

C: "Bena tak panggil mama ke? Bena menangis tak?"

B: "Bena tak menangis"
Huh, kagum aku dengan keberanian si Bena ni. Bukan senang nak jumpa budak yang gagah berani. Aku pun terus mendengar. Risau juga nak dengar cerita seterusnya.

B: "Lepas tu, Bena panggil Icah. Icah datang cepat-cepat"
Aku pelik. Siapa pula Icah? Bertambah misteri nampaknya.

C: "Icah tu siapa Bena?" tanyaku ingin tahu.

B: "Kawan Bena lah. Icah datang bawa pistol. Dia tembak kakak tu. Kakak tu menangis. Lepas tu kakak tu bagitau ibu. Ibu pukul Icah"



Ahhhh...bengang pula aku dengar secara serius. Rasa nak telangkupkan mangkuk kat atas kepala dia. Dahla muka macam tomatoman.
Yang kiri tu lah tomatoman. Yang kanan kicapman.

Panas Baran Ubatnya Apa?

Ni masalah terbesar aku sekarang. Asyik nak marah-marah je lately ni. Tak tau sebab apa. Orang tanya sikit pun nak naik angin. Bukan aku tak pernah cuba nak kawal amarah aku ni, dah cuba. Tapi tak menjadi juga. Kesian orang yang bertanya.


Ini ke dikatakan panas baran? Aku tak rasa aku panas baran. Haha. Perasan. Bukan ke orang yang panas baran ni selain marah-marah, dia suka pukul-pukul bila marah. Tak pun hempas barang sana-sini. Tendang orang sana-sini. Entah. Aku pun tak tahu. Agak-agak kalau aku jenis marah-marah lepas tu baling barang sana-sini, pukul orang, mau agaknya aku kena hempuk balik. Merepek betul kalau marah sampai tak boleh nak kawal diri. Aku boleh kawal diri ke? Aku rasa boleh lagi.


Tapi rasanya lebih baik kalau kita tengah marah, kita diam. Duduk diam-diam. Buka cerita best-best. Sambil makan aiskrim (dilarang bagi yang nak kurus ok. Lemak aiskrim tersimpan dalam badan selama 1 minggu. Yeee. 1 minggu ye kawan-kawan). Tak pun, benda paling best bila marah adalah tidur. Lagi best kalau dapat kita luahkan pada kawan-kawan. Biar kawan-kawan take over. Tapi jaga-jaga ye. JANGAN TERSILAP CERITA PADA KAWAN YANG SALAH. Memang bahana lah jadinya.


Hmm. Apa lagi boleh buat nak buang penyakit panas baran ni? Merimaskan lah asyik nak marah-marah.

24 February 2010

Shin Chan VS Hagemaru

Dulu aku memang minat lah nak dengan Shin Chan. Tapi tak minat macam Saydalah. Pergi jamban pun nak kena ada Shin Chan. Siapa tak tau Shin Chan memang mundur. Shin Chan bukan main lagi pemes. Siap ada komik. Ada kartun kat tv. Tapi sejak Bena perkenalkan aku dengan Hagemaru, aku dah mula hilang minat pada Shin Chan. Kartun dia aku rasa dah tak kow. Tapi bila fikir balik, dua-dua kartun ni entah apa-apa. Macam mana lah budak-budak boleh faham dan minat. Tapi Hagemaru memang layan habissss...zassssssssssss!!


Kartun apa lagi yang rasa-rasanya best? Kartun jelah. Geng Bas Sekolah tak termasuk.

Reriang dan Ketumbit

Saya seorang yang periang. Tetapi tak berapa nak riang seminggu ni. Mata naik ketumbit. Untuk kali kedua. Pasal apa pun tak tau. Nak kata mengendap orang mandi, tak ada orang mandi. Bila ketumbit naik, rasa nak tendang orang dari belakang pun ada. Nak gigit pintu pun ada. Nafsu amarah memang meluap-luap. Syaitan..syaitan..hish.

p.s: I love u.. (sibuk dok cari cerita ni)

20 February 2010

Pakcik Lapo Nak...

Tadi pergi makan kentaki. Tak payah tanya kat mana lah. Punyalah ramai. Nak kata ramai sampai nak kentut pun tak muatlah. Masuk-masuk nasib baik brader kentaki tengah lap meja. Terus duduk situ. Depan aku ada 1 keluarga bahagia. Ada ibu. Bapa. Dan seorang anak. Kira bahagia lah tu sempat makan kentaki.


Sementara tunggu makanan sampai, aku pun perati pakcik depan aku ni. Pakai kopiah. Ada blutut kat telinga. Maju juga pakcik ni. Aku pun masih pakai handsfree. Lebih kurang 5 minit, si anak sampai bawa makanan. Tak sempat si anak letak makanan, si bapa terus ambil coleslow sumbat dalam mulut. Baru 2 kali kunyah, dia gigit roti. Selepas kunyah 2 kali, dia gigit ayam pula. Kemudian kunyah 2 kali lagi, dia sumbat potato wedges. Kunyah 2 kali. Kemudian, dia terdiam. Tarik nafas dalam-dalam. Telan semua. Nampak makanan berjalan lalu tekak.


Sempat ke tak pakcik ni baca Bismillah.


p/s: Teringat masa sekolah. Tak sempat buat air milo, amek milo 3 in 1, tabur dalam mulut. Lepas tu masukkan air. Kocak-kocak pakai lidah. Siap untuk ditelan.

18 February 2010

Bakat Yang Harus Dicungkil



Masa kecil aku ada step menari lagu ni. Aku memang berbakat. Hari-hari prektis dalam stor berek polis. Macam mana boleh muat aku pun tak tau. Yang pelik, kakak aku masa tu darjah 6 pun boleh join group aku. Memang mengancam.


Dengar betul-betul masa dia sebut "step one one one". Masa tu kira klimaks la menari.

Nak Jadi Kaya

Masa kecil-kecil lagi aku dah menunjukkan bakat aku dalam perniagaan. Memang tak boleh dipertikaikan lagi. Lagi-lagi dalam perniagaan air susu soya. Nak kaya lah katakan. Dapat duit lebih boleh beli roti. Kalau boleh beli roti masa kecil-kecil, kira anak orang kaya. Kalau setakat beli aiskrim pop, pandang sebelah mata je.


Setiap kali selepas mandi, aku akan menghasilkan air susu soya. Ambil air. Ambil kapur kasut. Bancuh bersama dan kacau sehingga sebati. Dah siap. Masuk dalam plastik. Ikat gaya mamak. Pusing-pusing bagai. Nak ikat separuh pun boleh. Ikut permintaan macam mana. Kemudian, siap!


Lepas tu aku akan hantar ke rumah jiran. Makcik sebelah terpinga-pinga dapat air susu soya percuma. Aku kata mak yang bagi.


Selepas seminggu menjalankan promosi, mak dapat tau. Aku kena makan penampar dan dihukum sebat. Pedih bontot wa cakap lu! Jiran aku ni tak pandai simpan rahsia langsung. Tak boleh jadi rakan kongsi.

17 February 2010

Budak Zaman Sekarang

Dulu-dulu mak selalu tanya, "Siti, nak makan apa tengah hari ni?"

"Nak makan nasi kandar lauk tengkuk ayam kuah banjir je mak. Nak 2kupang", jawab Siti. (harga nasi kandar lauk tengkuk ayam masa tu 20 sen).

...........................................................

Emak sekarang tanya, "Bena, hari ini nak makan apa?"

"Bena nak makan seperais, mama. Kat Jusco", jawab Bena.

"Seperais tu apa?" Mak dia tak paham lah tu..

"Seperais lah mama. Dekat mekdonel. Itu pun tak tau ke", jawab Bena.

"Mikhail pulak, nak makan apa hari ni?" mak dia tanya lagi.

"Kail nak Chilis mama," jawab Mikhail.




Mama terdiam. Malas nak tanya lagi. Terus pergi Pizza makan Pizza personal pan sudeeeyyyyyy...Banyak cekadak punya budak.


15 February 2010

J'aime le français

J'avais un petit ami appelé Norman Hakim. Il est gros, avait un grand ventre et une taupe jolie sur son visage. Je l'aime très beaucoup.


Hahahahahahahahahaha...aku pun tak berapa faham apa yang aku tulis kat atas. Besok kita tulis Spanish pula...Hensem lah pula mamat Yun Nam Hair Care atas ni..

12 February 2010

Saya Mahu Kamu Semua!!

Aku dah semakin bingung. Bukan ada masalah dengan pelajaran. Masalah dengan kekasih pun bukan. Masalah keluarga pun bukan. Masalah kewangan memang sentiasa ada. Tapi tak pernah mengganggu gugat kehidupan. Apa punya masalah pun tak tahu.


Aku rasa kosong. Terlalu banyak yang aku fikir. Yang pasti, bukan tentang pelajaran.


Aku fikir, makin lama...makin kosong. Makin sunyi. Baru aku sedar. Semuanya dah membesar. Memang sedih. Masa kecik-kecik dulu, pemikiran semuanya tak matang. Nak beli tempe pun rebut-rebut. Tapi sekarang dah lain.


Sorang-sorang kawan aku dah mula tuju ke arah kehidupan masing-masing. Dan kebanyakannya ke arah kebaikan. Seronok tu memang seronok. Part yang tak seronok bila masing-masing dah mula sibuk. Sibuk nak berkahwin. Sibuk dengan pelajaran. Sibuk dengan kerjaya. Masa untuk bersama dah semakin kurang. Tapi aku kagum. Walaupun sibuk, semuanya masih mencari-cari peluang untuk duduk bersama. Cerita perkara yang sama berulang-ulang. Zaman sekolah. Memang tak pernah habis.



Harap-harap, 5 tahun akan datang, kita semua boleh berkumpul la. SEMUA ye. Bukan separuh-separuh. Pedorn, jangan pula berhasrat nak terus menetap kat Melbourne tu. Baliklah. Makan nasi lemak. Nadiawani pun. Lama betul nak tunggu semua ada. Korang semua ada, baru aku kahwin. OK...haha