30 January 2010

Tanpa tajuk yang sesuai

Sekarang baru bulan Januari. Lagi 2 hari nak masuk Februari. Seronok. Seronok. Ramai yang keluar perut mak masing-masing bulan tu. Termasuklah aku. Yang lain, siap sedia. Jangan buat-buat lupa.

Baru bulan Januari. Tapi banyak sangat benda-benda yang meletihkan kepala otak jadi. Penat gila. Rasa macam nak mengamuk hentak-hentak kaki sampai lantai berlubang.

Masa ni lah kau akan nampak siapa kawan kau, siapa lawan kau. Tapi kebanyakkannya yang aku nampak adalah LAWAN.

Bukan nak mengumpat (walaupun aku memang mengaku aku suka mengumpat). Bukan nak mengungkit (walaupun sebentar lagi aku akan buat sesi mengungkit). Tapi aku geram dengan sesetengah perangai manusia.

Masa mula-mula kau datang masuk mendaftar, siapa yang kau cari? Aku kan? Sedangkan masa degree aku sama kelas dengan kau. Hampir 2 tahun. Tapi, pernah ke kau bersembang atau bercakap-cakap dengan aku? Tak pernah pun. kau sibuk dengan ahli kumpulan kau yang memang aku tak nafikan pandai-pandai belaka. Tapi bila kau masuk mendaftar tahun lepas, terkejut aku tiba-tiba kau tanya boleh ke tak nak tumpang bilik aku. Atas dasar kemanusiaan, aku bagi tempat tinggal untuk kau. Walaupun kita tak pernah bercakap. Takkan aku nak biar kau tidur dekat kerusi batu kot.

Tapi bila hal jadi macam ni, kau dengan senang hati pindah ke tempat baru. Ada kau tanya aku macam mana? Ada kau tanya aku ok ke tak menumpang kat bilik orang? Ada kau tanya semua tu?

Yang kau pulak. Ini KAU yang kedua. Menumpang juga di bilik aku. Aku pun tak faham kenapa aku benarkan orang-orang macam korang menumpang bilik aku bila korang cakap tak ada tempat tinggal. Kau lagi hebat. Pilih mana yang selamat buat kau. Bila kau kantoi, kau cari jalan selamat untuk diri kau berambus dari situ secepat mungkin. Lepas tu, minta aku selesaikan hal kantoi kau dekat pejabat. Kau ingat aku Pusat Kebajikan ke apa. Mula-mula rancang dengan aku tinggal bersama sebab kau malas nak pindah ke tempat lain. Jadi aku pun cancel nak pindah. Bila jadi macam ni, kau serah bulat-bulat kat aku. Kau kata, "Kau staylah situ. Ikut plan kau. Aku pindahlah. Aku takut". Masa kau cakap ni, kau ada guna otak ke tak. Dah terang-terangan kena berambus dari situ. Kau pilih jalan selamat untuk kau dan suruh aku explain pada pejabat. Kau ingat kali ni aku akan jadi bodoh ke nak ikut apa yang kau cakap.

Kau yang ketiga pula. Ini aku tak tau hantu apa merasuk kau. Nasihat pada aku macam-macam. Alih-alih kau pun sama. Rupanya kau manusia talam. Depan baik. Apa lagi. Bagi lah balik buku aku yang kau pinjam tu. tak reti-reti nak pulang kan ke. Kau ingat aku beli buku tu untuk kau ke. Kutuk baeeeeeeeeeeeekkkk punya. Tapi ambil juga buku aku.

Aku rasa aku tak rugi pun kalau aku tak berkawan dengan korang semua ni. Bukan aku tak pernah fikir apa kebaikan korang semua. Korang bukan jahat pun. Tapi ambil jalan pintas supaya hidup korang sentiasa senang.

Bukan aku tak pernah ingat jasa kau yang pernah ambil aku kat airport dulu.

Bukan aku tak pernah ingat jasa kau yang pernah masak untuk aku.

Bukan aku tak pernah ingat jasa kau mengajar aku bawak kereta kat PKP dulu.




Aku ingat semua. Dan terima kasih.





Kau ambil aku kat airport dulu pun aku bukan aku pakai duit kau. Semua aku yang bayar.

Kau masak untuk aku pun dulu bukan barang-barang masakan tu pakai duit kau semua.

Kau ajar aku bawak kereta pun bukan pakai duit kau untuk bayar sewa kereta dan minyak dulu.


Baru aku tau, dalam dunia ni, bukan semua kawan kau akan lalui kesusahan bersama. Bila aku ada tempat tinggal, semua berkerumun nak menumpang. Bila aku tak ada tempat tinggal, sorang pun tak tanya macam mana keadaan aku. Siap sms tanya, "Bila nak ambil tv kau kat sini?" - tanpa memikirkan keadaan aku. Tak bertanya khabar. Tak ada ucapan terima kasih kerana pernah menumpangkan. Apatah lagi minta maaf kerana sebab dia AKU TAK ADA TEMPAT TINGGAL!!


Kepada kau-kau yang di atas. Terima kasih. Tak kisahlah untuk apa-apa sekalipun. Terima kasih dan minta maaf. Terima kasih juga kerana PERNAH menjadi kawan. Sebab mulai sekarang, aku dan kau-kau semua BUKAN LAGI KAWAN. (maaf terpaksa ignore request kau lagi di FB). Jika ada hutang, bagi tau lah. Aku tak minta halalkan pun sebab aku tak mati lagi.



13 January 2010

Hobi

Dah lama tak menggunakan perkataan 'hobi'. Kecuali zaman kecil-kecil, hingus meleleh selet-selet kat baju.

Soalan tipikal cikgu dulu-dulu, "Apa hobi kamu?"
Soalan yang memang buat otak penat memerah jawapan apa yang patut dikeluarkan. Macam nak jawab soalan Add Maths. Seluk meja, beg, bekas pensel. Mana tau jumpa jawapan yang sesuai.

Kawan-kawan yang lain, muka selamba, sambil goyang-goyang kepala menjawab, "Kumpul setem cikgu!".
Apa barang kumpul-kumpul setem. Bukan boleh dapat duit pun. Aku kumpul setem yang mak aku kumpul dulu-dulu. Kira setem turun temurun la ni.

....................................

Cikgu memandang ke muka aku. "Hah, kamu. Kenapa diam? Apa hobi kamu?" Aku dengan tenang menjawab, "Kumpul kucing cikgu". Cikgu pun diam.

....................................

Ni lah koleksi kucing-kucing yang pernah aku jaga. Sekarang je takde koleksi.



Ini Bulat




Ni pengikut setia aku. Itam. Bukan Sayda. Jangan salah paham.


Ini pula, Nemo. Kamceng dengan Bulat. Tidur pun mesti bersama.

Ini Adek. Gaya tidur memang kurang senonoh.

Nama sebenar Stokin. Nama manja Oken.



Ok. Ini sajalah koleksi gambar yang ada. Yang dulu-dulu banyak lagi. Tapi tak pernah pula ambil gambar. Mak kata kalau ambil gambar nanti kucing hilang. (Ada kena mengena ke?)

12 January 2010

Nasi Lemak Meletup

Teringat zaman muda-muda (sekarang pun masih muda...sweet 16), zaman di sekolah menengah. Nasi lemak dining hall merupakan hidangan yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar setiap pagi Jumaat. Memang terangkat la wa cakap lu. Punyalah sedap sampai mulut boleh berbuih mulut bila mengunyah.

Mula dari tingkatan 1 lagi, aku dah mula menunjukkan sikap berjimat-cermat amalan mulia. Walaupun dah breakfast, tetap tapau nasi lemak. Bukan apa. Waktu rehat nanti boleh makan. Tak payah membazir duit beli makanan Mak Aji yang mata duitan tu.

Suatu hari, di dalam kelas Geografi, Cikgu ..... (tak ingat namanya) a.k.a Bard (aku pun tak tau kenapa semua student menggelar dia Bard) sedang serius mengajar. Tapi perut aku dah semakin lapar. Waktu rehat lambat lagi. Subjek Geografi bukannya best pun. Lagi menambahkan lapar. Apabila Cikgu Bard mengadap ke whiteboard, aku ambil peluang untuk suap nasi lemak ke mulut. Berkali-kali Cikgu Bard mengadap ke whiteboard, berkali-kali aku menyuap nasi lemak ke mulut. Bukan main sedap lagi nasi lemak ni. Meletup nyahhh....

Tiba-tiba....

"Awak kat belakang sekali tu, kalau nak makan nasi lemak, tutup-tutup sikit. Pengetua lalu nanti nampak awak makan nasi lemak dalam kelas".....

Eh...baik hati betul Cikgu Bard. Aku senyum dan terus menyuap nasi lemak sampai habis sambil mengangguk-angguk tanda faham apa yang di ajar di hadapan kelas.

11 January 2010

Abang Pejal, U tetap di hati

Akhirnya, penantian sudah berakhir. Punya lah semangat aku duduk depan tv dari pukul 8 malam (selama ni tak pernah pun tengok berita) semata-mata menunggu AJL bermula. Bila dah mula, aku pula tak senang duduk. 5-6 kali pergi tandas. Gemuruh punya pasal. Berdebar menunggu penyanyi pujaan beraksi. Bila dah sampai giliran, tiba-tiba bulu roma meremang. Wahhh...hebatnya Faizal Tahir...auwww... I memang minat you habis... Pengsan-pengsan dengar Abg Pejal menyanyi walaupun pakai tongkat. Gaya terkini lah... Dapat no.3 pun I tetap minat you!!!


p/s: Akak hindustan yang menyanyi dengan Aizat, tahun depan cuba nasib bawak lagu sendiri ye. Suara akak merdu menusuk kalbu laaa....

02 January 2010

Malas betul nak balik

Malam ni malam last boleh golek-golek atas tilam empuk. Kangkang sana. Kangkang sini. Esok dah nak masuk hutan balik. Bosan betul. Bukan apa. Kawan-kawan semua dah tak ada. Lagi malas nak balik sebab mata ada ketumbit pulak. Sepet sebelah. Macam awek Korea. Cun. Macam mana nak balik esok ni? Kena pakai topeng. Harap-harap lepas la pemeriksaan pakcik polis bila pakai topeng macam ni.