13 December 2010

Alam baru, tapi bukan 2 alam

Oh, kawan-kawan. sekarang bukan masa untuk bersuka-ria dan membazir uwang lagi. Sebabnya, sekarang dah ada perkara lagi penting nak buat. Duit....duit....duit.....Mana nak cekau duit? Haha.

Dua hari lepas kami (aku & Datuk N) pergi berjumpa photographer. Aku tau, kalau kawan-kawan aku tau aku dah beriya pergi cari photographer sekarang, confirm kena tapau dengan budak-budak ni. Haha. Aku ni jenis excited lebih. Lagipun, aku takut tahun depan kelam-kabut nak cari semua benda. Bila kerja last minute ni, tau-tau jelah. Sebat je mana depan mata. Agak-agak photographer yang edit melampau-lampau muka kau tu sampai jadi Ziana Zain, masa tu dah tak ambil kisah dah. Aku tak nak lah jadi macam tu. Lagipun, lagi lambat kita book, lagi mahal jadinya atau tarikh tu dia tak available. Dah tu macam mana?

Baiklah, berbalik kepada perjumpaan photographer hari tu. Album semua aku dah tengok. Boleh tahan bagus lah kerja dia. Harga? hmmm. RMxxxx. Rasa macam tak munasabah. Sebabnya, aku bukan nak kahwin lagi. Hire photographer mahal-mahal. Mana nak cekau duit. Tapi, aku suka betul tengok semua gambar dia. Menarik tertarik kau memang de bom lah. (ini hasutan syaitan)

(ini bukan hasutan syaitan) Minggu depan, aku & Datuk N bercadang nak jumpa photographer lain. Dengan harga separuh dari harga ni, kami nak pi tengok pulak macam mana kerja dia. Mana tau macam yang aku cakap tadi. Dapat je album tengok-tengok muka aku macam AR Badul. Cemano? Ok lah. Sampai sini sahaja laporan saya.

Sekian.

10 December 2010

Cerita baru

Ok. Sekarang aku dah malas nak bagi alasan kenapa aku malas nak tulis blog dah. Aku tulis bila aku rasa nak marah, mengamuk dan sebagainya. Bila tak ada entri terbaru, maknanya aku dah semakin berperangai baik. Hahaha. Dan nampaknya, aku dah semakin waras sekarang. Yelah, bak kata orang, dah dewasa. Ecececeh. Geli mak nyah!

Sekarang berbalik kepada perkara sekarang yang terjadi. Yang dah lepas jangan dikenang. (Hahahaha..sebenarnya dah lupa apa yang aku buat di masa lepas. Banyak makan semut). Dua tiga hari ni, kakak aku sibuk sangat. Sikit-sikit sms. Sikit-sikit call. Rindu sangat dengan aku gamaknya. So suwittt. Tapi ini bukan rindu. No no no no (sambil tunjukkan jari telunjuk dan goyang ke kiri dan ke kanan). Ini sebab lain.

Nak tau sebabnya? Ok...
RAHSIA.

Gua dah penat type. Nanti gua rajin nak cerita, gua type lagi. Kalau gua malas, gua mintak tolong Azlan & the typewriter. Caudemau.

24 November 2010

Depan orang pura-pura baik. Belakang orang ramai, perangai kau. Wow!

Salam,

Sungguh panjang tajuk ye.
Apa khabar? (Pertanyaan kepada diri sendiri sebab tak ada yang baca blog ni kecuali diri sendiri). Hampir-hampir sekali lagi nak delete blog ni sebab malas nak menulis. Bukan tak ada masa. Masa banyak sangat tapi sempat diisi dengan Mentalist. Patrick Jane memang comel. Lagi-lagi mata kuyu. Alahai.

Oh. Sebenarnya, niat nak menulis tiba-tiba melonjak-lonjak. Sangat teruja. Bukan apa. Kalau simpan di dada, boleh gila. Lagi-lagi jika kita berada dalam persekitaran yang tidak berapa sihat. Jadi, apa kata. Luahkan.

Macam ni lah.

Aku pelik dengan segelintir manusia. Pelik yang amat sangat. Bukan nak kata perangai aku tak pelik. Perangai aku pun pelik (bagi yang memang suka kutuk aku, aku mengaku aku juga pelik. Tapi masih lagi manusia la. Haha).

Kau. Tak kisah la kau yang mana. Kau kau kau. Jangan asyik kata orang tu salah. Orang tu tak betul. Umur dah tua. Fikirlah secara matang. Kalau nak mengumpat saja-saja, suka hati kau lah. Tapi kalau dah sampai menjatuhkan orang lain tu. Memang biadap. Saya ulangi. ANDA MEMANG BIADAP. Semua orang dah naik muak dengan kau-kau ni. Sebab kau-kau je yang hebat. What goes around, comes around. Ingat tu. Kalau ini bukan masa kau, mungkin anak cucu kau pulak orang akan buat macam tu.

Sekian, terima kasih.
Love,
Si mulut celupar ada ulser

08 October 2010

Makhuk Tuhan Paling Meowwww

Pagi-pagi masuk kerja terus buka apa yang patut. Rasa tak sedap badan nak buat kerja. Jadi kena warming up dulu. Buka facebook. Buka harian metro. Dan setelah 2 jam berlalu, tulang masih liat-liat lagi nak buat kerja. Jadi kena buka blog. Masa itu emas. Tak boleh membazir masa begitu sahaja.

Hari ni rasa rindu sangat dengan anak-anak. Baru je lepas sunat. Kesian jalan pun kengkang-kengkang. Nasib tak pakai kain pelikat. Kalau tak kena gantung kain atas siling. Rasa-rasanya hari ni kena melawat diorang. Kena bagi moral support.

Tadi gugel-gugel. Terjumpa kawan-kawan Abu dan Itam. Memang comel. Geram. Rasa nak picit hidung kuat-kuat. Sumpah comel betul. Rasa nak pijak. hishhhhhhhhh....


Ni macam kakak Tina je.

Beriya nooo terkejutnya

Haha..ini memang cute. Kucing yang sedang buat star jump. Mungkin Pelatih Kadet.


Comelnya hidung dia. Pink betullllll......


haha...Abg Momoi sungguh yang ini



Yang hitam ni menakutkan ok....


p/s: ini sahaja untuk hari ni. Dah.

24 September 2010

Jack Sparrow versi Kelate

Selamat Hari Jumaat yaw....

Aku sampai opis pukul 8 pagi. Awal setengah jam dari waktu pejabat. Dedikasi kan? Sampai saja opis, aku kena warm-up dulu. Buka pc yang memang aku tak shut down dah 5 hari. Cuma off monitor saja. Kemudian terus buka paper, di samping buka facebook sikit-sikit.

Dalam setengah jam kemudian, konco-konco dah semakin ramai datang. Jack Sparrow pun sampai awal jugak. Jack Sparrow suka bila kawan-kawan sebut namanya. Bila panggil Jack, dia senyum. Bila laung Jack, dia angguk. Asalnya dipanggil Jack Sparrow sebab dia punya kawan. Kawannya pencuri kereta. Kadang-kadang kawan dia naik motor tapi pakai smart tag di lebuh raya. hebat kan Jack Sparrow ni berkawan dengan lanun. Amin kata, dia memang macam Jack Sparrow. Ikut kompas yang tak betul. Tapi ini Jack Sparrow versi Kelantan. Jadinya Jek Spero.

Kemudian, Jek Spero naik angin dengan seorang makhluk. Nama sebenar dirahsiakan. Makhluk ni dari tadi ajak sarapan. tapi Jek Spero buat-buat tak tahu. Jual mahal dengan makhluk ni. Jek Spero rasa kena jaga stendet. Sebab kalau sekali ajak dah mahu, jatuhlah saham lanunnya. Jek Spero panas hati bila makhluk ni tak givap. Kemudian Jek Spero teringat. Muka makhluk ni sama macam seseorang. Jek Spero tanya aku sapa nama kembar dalam Alice in Wonderland tu. Aku pun jawab Tweedledum & Tweedledee. Haah. Memang tepat sekali. Sama. Tapi ini versi kembar lain jantina. Tengok ni.


Ini versi kembar lelaki dan perempuan. Yang perempuan tu lah ada di opis aku.

22 September 2010

Dah Pindah!!

Hari ni aku kena pindah tempat duduk dalam opis. Mula-mula bila bos buat pengumuman, aku cuak. Yelah. Aku dah mula rasa bos macam nak tembak aku je. Mana taknya, kejap-kejap hilang. Kalau tak pegi kafe, pegi Alamanada, kalau tak pegi Alamanda, pegi toilet. Janji mesti hilang. Kalau tak hilang, rasa panas je bontot duduk lama-lama. Lagipun, tak bagus duduk lama-lama. Bontot membesar nanti. Tak seksi macam JLo.

Berbalik kepada cerita penghijrahan tempat tadi.

Bos buat keputusan muktamad. Tak ada rayuan. Memang tak ada belas kasihan. Lagi tegas, kena pindah hari ni jugak. Tak boleh esok-esok. Apa kena bos ni. Aku pun lagi cuak. Takkan nak duduk dekat dengan dia. Line tak clear lah macam ni. Macam mana nak buat kerja? Macam mana nak buka facebook? Mana nak stalk blog orang. Banyak kerja nak kena buat. Aku rasa bos ni saja lah tu nak dengki-dengki dengan aku.

Lepas aku kemas-kemas, aku pun angkut barang-barang yang sangat lah banyak. Sebijik cpu dan kertas setinggi ibu jari. Banyakkan. Aku mengadap bos lepas tu tanya, "Lu nak campak gua kat mana ni?" Jangan nak macam-macam sangat dengan gua". Tu dalam hati lah. Yang sebetulnya adalah, "Bos, mana tempat baru saya?". Bos pun senyum-senyum sambil tunjuk satu tempat tu.

Wow. Bersinar-sinar aku tengok tempat aku. Wow. Wow dan wow lagi. Bos letakkan aku kat tempat belakang sekali. Dan paling penting belakang aku adalah tingkap. Bukan lagi manusia. Wow lagi. Aku pun ucap terima kasih bos. Line memang clearrrrrr..

03 September 2010

Kalau lu tak belok kiri, lu tak bandar

Dah lama nak cerita pasal belok kiri ni. Bukan apa. Mula-mula boleh kool lagi dengan masalah belok kiri ni. Lama-lama jadi panas pulak. Kalau kau tak belok kiri memang panas.

Ini bukan cerita pasal gengster belok kiri atau pun cerita kelakar sebab bahu kiri sengal, makanya tak boleh belok kiri. Bukan ye. Ini cerita pasal belok kiri lah.

Kat Putrajaya ni memang meriah sangatlah dengan signboard ni. Mula-mula aku memang tak berapa nak berani untuk menurut arahan signboard tu. Tapi bila bas hon aku baiiiikkkkkkk punya bunyi dia sampai gegendang aku rasa malu nak dengar, aku pun terpaksa jalan. Bukan sebab malu ye. Bila dah selalu belok kiri walaupun lampu tengah merah, memang rasa kool. Yelah. Rasa ketua lah lagi-lagi bila ada kereta follow gua dari belakang. Memang rasa hensem habis kalau jalan lampu tengah merah. Tapi sila pastikan tiada kenderaan kalau tak nak muka masuk muka depan Harian Metro.

Bila dah jadi gengster jalanan, orang baru silap sikit je, gua hon. Amacam? Gengster habis tak? Bila nampak ada kereta yang terkiput-kiput nak jalan ke tak, nak berenti ke nak jalan bila di simpang empat, gua jadi panas. Brader, lu nak jalan, lu jalan. Lu jangan berenti tepi jalan. Gua nak cepat masuk opis sebelum bos gua bakar komputer gua.

Panas. Dah la bangun lambat. Bila kereta tak ada, belok jelah kiri. Lagi nak tunggu hijau. Tak ikut arahan langsung. Tak bandar betul lu ni brader. Dah ingat ni.

02 September 2010

Pakcik Shahrom. Hai!!

Ya...sekarang memang masih waktu bekerja. Tapi dah pukul 4.02 petang. Lagi setengah jam nak balik. Jadi otak tak dapat berfungsi dengan baik. Bukan cacat otak ye. Sukar nak fokus terhadap kerja yang banyak lagi ni sebenarnya. Sambung esok jelah. Kalau semua siap hari ni, besok kena berhenti kerja lah pulak. Kerja semua dah siap.

Punya lah nak buang masa, berharap masa jalan laju selaju-lajunya, aku pun gugel lah. Bosan dengan Facebook. Bosan dengan YM. Cari benda lain lah pulak. Lama tak gugel-gugel. Gugel punya gugel, tiba-tiba tertaip STF. Bila taip STF, merepek pulak yang keluar. Tapi aku tak putus asa. Aku taip pulak Sekolah Tun Fatimah. Fuh. Memang menarik hasilnya. Nak tengok?




Dah lama betul tak naik bas ni. Dulu outing pergi Angsana memang akan naik bas ni. Sekali gerak, lantai bas macam nak runtuh. Lagi-lagi kalau duduk atas tayar. Memang mengancam bas ni berkocak. Darjah kepanasan tak payah cakaplah. Memang kurus lah kalau duduk lama. Macam dalam sauna.

Driver bas ni pulak, Pakcik Shahrom, bukan main garang muka dia. Bengis memanjang. Mula-mula nak tegur pun seram. Tapi, nasib baik aku ni peramah. Kira rugilah kalau Pakcik Shahrom tak jadi kawan aku. Lama-lama, kami pun kamcing. Bagai isi dan kuku lah katakan. Bila dah kamcing, kepala pun naik hantu. Setiap kali nak keluar, aku akan suruh Pakcik Shahrom bawakkan. Kami selalu naik coaster. Aku dah gugel coaster, tapi tak jumpa. Takpe. Sambung balik. Bila aku keluar sekolah, konon-konon nak fly, dengan alasan nak beli kek, Pakcik Shahrom pun bawak. Bila lalu je depan gate sekolah, Pakcik Shahrom dah siap pesan awal-awal. "Ingat, bila Pakcik kira 1,2,3, Echah tunduk ye". Aku pun mengangguk tanda faham dengan arahan ketua. Hebat kan gandingan kami. Disebabkan Pakcik Shahrom selalu tolong aku, aku pun selalu upah nasi bungkus beli dekat Hospital (kira time tu nasi kat Hospital nasi paling top lah).


Dah lama tak dengar khabar Pakcik Shahrom. Kalau-kalau Pakcik tau belog saya ni, Selamat Hari Raya ye Pakcik.


01 September 2010

Yelo yelo yelo......yawwwww

Ya Allah, lamanya tak menulis. Kesian kat blog aku. Bukan tak ada cerita. Cerita tu banyak sangat. Almaklumlah. Hari-hari mengumpat. Jadi, hari-hari ada cerita baru. Mula-mula ingat nak delete belog ni. Tapi bila pikir 2-3 kali, 4-5 kali, tak jadilah. Kalau aku delete, maknanya, dah 3 kali aku delete belog aku. Jatuh lah stendet gua.

Memandangkan lama tak tulis, jadi, aku tak nak lah mulakan cerita pasal mengumpat ke, cerita hal orang lain ke, mengutuk ke. Lagipun kan Ramadhan ni. Sempena Ramadhan, kenalah jaga mulut (memang menipu). Hati pun kena bersih (tipu lagi). Perangai kena elok (asyik menipu je).

Ok lah. Raya lagi 9 hari. Apa lagi yang belum siap? Semua nampaknya dah siap. Tinggal nak raya je.



p.s: ADA KE orang warna biru???

07 August 2010

Laman Sesawang

Memang gila betul. Dekat 5 bulan aku tak update blog. Rasa macam nak delete je blog ni. Tapi sayang pulak. Tak kisahlah orang baca atau tak. Gue enggak peduli. Gue bacain sorang diri udah.

Baru balik dari lepak kedai kopi. Gaya dewasa kan? Ada Sayda Dino a.k.a Dancing_queen, Nani Allen a.k.a ax_13, Zack Zorro a.k.a mama_deena, wanita yang tak ingat a.k.a apa, begitu juga dengab seet.Tapi macam biasala kalau jumpa, cerita benda yang sama. Seolah-olah zaman kecil tak ada kesudahan. Memang tak akan habis. Ada yang banyak rahsia, tapi tak
macam rahsia sebab diri sendiri yang cerita dan menyebarkan rahsia sendiri. Macam mana tu? Kesimpulannya, makin besar, mulut ikut sama besar. Haha. Rindu semua lah......


p/s : wish me luck. Sayda, ingat janji kau nak doakan aku.

25 February 2010

Kerepek Milo

Besok cuti. Tak ada orang kat rumah. Semua pergi bergembira tinggal aku sorang. Ni yang rasa nak buat aktiviti lama. Nak buat kerepek milo. Caranya memang mudah.

Cara-caranya:

1. Pegi beli milo instant 3 in 1. Jangan beli milo 1kg pulak. Jenuh karang nak membuatnya. Tapi kalau tetap dengan pendirian nak juga milo 1kg, perlulah dilakukan dengan usaha gigih dan murni.

2. Ambil iron atau dalam bahasa jawa seterika. Guna seterika yang sedang-sedang je saiznya. Jangan guna seterika rambut pula. Tak panas sangat. Tapi kalau na betul-betul berkesan, dan panas, bolehlah guna seterika arang P.Ramlee dulu. Gosok 2 kali dah settle. Konfem stret.

3. Cocok-cocok sikit milo tu dengan jarum. Tak kisahlah jarum apa. Jarum peniti ke.Jarum menjahit ke. Jangan cocok sampai bocor pulak. Tujuannya untuk mengelakkan udara dalam peket tu terperangkap semasa proses mengkerepekkan ia.

4. Ambil kain. Alaskan atas milo tu. Letak atas iron board boleh. Atas sejadah pun boleh (sebab masa sekolah tak ada iron board).

5. Apa lagi, iron la milo tadi sepuas hati. Sampai betul-betul keras. Keras betul tau. Bukan keras main-main.

Boleh makan dah.

Cerita Seram Malam Jumaat

Tadi ketika di meja makan, semua khusyuk mengadap makanan. Aku tak berapa khusyuk lah. Sebab dah kenyang. Tapi tetap gagah nak makan koko krunch. Sedap betul koko krunch ni. Pagi petang siang malam aku boleh makan. Siapalah yang reka koko krunch ni. Menghabiskan duit orang je. Oh tersasar cerita pasal koko krunch pula. Kita sambung....


Bila semua dah naik atas, tinggallah aku dan Bena. Umur Bena baru 4 tahun. Tak padan dengan umur, mulut macam makcik joyah sport. Kadang-kadang gaya dia rasa seperti Esah dalam 3 Dara Pingitan. Baca tak Gila-Gila? Dulu abah aku suka letak Gila-Gila dalam jamban. Jadi, dari membazir masa fikir bukan-bukan, kan bagus membaca. Amalkan budaya membaca. Tak kira di mana berada. Okey, kita sambung lagi.


Bena memang suka bercerita. Bab gosip. Cerita panas, memang dialah no.1. Kawan abang dia dekat sekolah pun dia boleh tau nama. Kuat betul daya ingatan si Bena ni.


Tiba-tiba, Bena membuka cerita.

B: "Cik Ti (itu panggilan manja aku sebagai makcik yang prihatin), hari tu Bena nak pergi toilet dekat bilik mama"
Aku dengar penuh perhatian. Nasib baik tutur percakapannya tak pelat. Senang nak faham.

B: "Bilik mama gelap masa tu. Bena takut. Tapi Bena nak kencing. Masa Bena buka pintu, Bena nampak ada kakak duduk dalam toilet. Rambut dia panjang. Hitam sangat muka dia"
Bena cerita penuh perasaan. Aku dah mula cemas. Apa budak ni cerita ni. Yelah. Selalunya, budak-budak umur macam ni susah nak menipu. Dia akan cerita apa yang dia nampak.

Bena pun sambung lagi,

B: "Bena takut sangat. Rambut dia panjang. Kuku dia panjang. Hitam juga"
Aku diam. Bena pun diam. Mungkin fikir ayat yang seterusnya.

C: "Bena tak panggil mama ke? Bena menangis tak?"

B: "Bena tak menangis"
Huh, kagum aku dengan keberanian si Bena ni. Bukan senang nak jumpa budak yang gagah berani. Aku pun terus mendengar. Risau juga nak dengar cerita seterusnya.

B: "Lepas tu, Bena panggil Icah. Icah datang cepat-cepat"
Aku pelik. Siapa pula Icah? Bertambah misteri nampaknya.

C: "Icah tu siapa Bena?" tanyaku ingin tahu.

B: "Kawan Bena lah. Icah datang bawa pistol. Dia tembak kakak tu. Kakak tu menangis. Lepas tu kakak tu bagitau ibu. Ibu pukul Icah"



Ahhhh...bengang pula aku dengar secara serius. Rasa nak telangkupkan mangkuk kat atas kepala dia. Dahla muka macam tomatoman.
Yang kiri tu lah tomatoman. Yang kanan kicapman.

Panas Baran Ubatnya Apa?

Ni masalah terbesar aku sekarang. Asyik nak marah-marah je lately ni. Tak tau sebab apa. Orang tanya sikit pun nak naik angin. Bukan aku tak pernah cuba nak kawal amarah aku ni, dah cuba. Tapi tak menjadi juga. Kesian orang yang bertanya.


Ini ke dikatakan panas baran? Aku tak rasa aku panas baran. Haha. Perasan. Bukan ke orang yang panas baran ni selain marah-marah, dia suka pukul-pukul bila marah. Tak pun hempas barang sana-sini. Tendang orang sana-sini. Entah. Aku pun tak tahu. Agak-agak kalau aku jenis marah-marah lepas tu baling barang sana-sini, pukul orang, mau agaknya aku kena hempuk balik. Merepek betul kalau marah sampai tak boleh nak kawal diri. Aku boleh kawal diri ke? Aku rasa boleh lagi.


Tapi rasanya lebih baik kalau kita tengah marah, kita diam. Duduk diam-diam. Buka cerita best-best. Sambil makan aiskrim (dilarang bagi yang nak kurus ok. Lemak aiskrim tersimpan dalam badan selama 1 minggu. Yeee. 1 minggu ye kawan-kawan). Tak pun, benda paling best bila marah adalah tidur. Lagi best kalau dapat kita luahkan pada kawan-kawan. Biar kawan-kawan take over. Tapi jaga-jaga ye. JANGAN TERSILAP CERITA PADA KAWAN YANG SALAH. Memang bahana lah jadinya.


Hmm. Apa lagi boleh buat nak buang penyakit panas baran ni? Merimaskan lah asyik nak marah-marah.

24 February 2010

Shin Chan VS Hagemaru

Dulu aku memang minat lah nak dengan Shin Chan. Tapi tak minat macam Saydalah. Pergi jamban pun nak kena ada Shin Chan. Siapa tak tau Shin Chan memang mundur. Shin Chan bukan main lagi pemes. Siap ada komik. Ada kartun kat tv. Tapi sejak Bena perkenalkan aku dengan Hagemaru, aku dah mula hilang minat pada Shin Chan. Kartun dia aku rasa dah tak kow. Tapi bila fikir balik, dua-dua kartun ni entah apa-apa. Macam mana lah budak-budak boleh faham dan minat. Tapi Hagemaru memang layan habissss...zassssssssssss!!


Kartun apa lagi yang rasa-rasanya best? Kartun jelah. Geng Bas Sekolah tak termasuk.

Reriang dan Ketumbit

Saya seorang yang periang. Tetapi tak berapa nak riang seminggu ni. Mata naik ketumbit. Untuk kali kedua. Pasal apa pun tak tau. Nak kata mengendap orang mandi, tak ada orang mandi. Bila ketumbit naik, rasa nak tendang orang dari belakang pun ada. Nak gigit pintu pun ada. Nafsu amarah memang meluap-luap. Syaitan..syaitan..hish.

p.s: I love u.. (sibuk dok cari cerita ni)

20 February 2010

Pakcik Lapo Nak...

Tadi pergi makan kentaki. Tak payah tanya kat mana lah. Punyalah ramai. Nak kata ramai sampai nak kentut pun tak muatlah. Masuk-masuk nasib baik brader kentaki tengah lap meja. Terus duduk situ. Depan aku ada 1 keluarga bahagia. Ada ibu. Bapa. Dan seorang anak. Kira bahagia lah tu sempat makan kentaki.


Sementara tunggu makanan sampai, aku pun perati pakcik depan aku ni. Pakai kopiah. Ada blutut kat telinga. Maju juga pakcik ni. Aku pun masih pakai handsfree. Lebih kurang 5 minit, si anak sampai bawa makanan. Tak sempat si anak letak makanan, si bapa terus ambil coleslow sumbat dalam mulut. Baru 2 kali kunyah, dia gigit roti. Selepas kunyah 2 kali, dia gigit ayam pula. Kemudian kunyah 2 kali lagi, dia sumbat potato wedges. Kunyah 2 kali. Kemudian, dia terdiam. Tarik nafas dalam-dalam. Telan semua. Nampak makanan berjalan lalu tekak.


Sempat ke tak pakcik ni baca Bismillah.


p/s: Teringat masa sekolah. Tak sempat buat air milo, amek milo 3 in 1, tabur dalam mulut. Lepas tu masukkan air. Kocak-kocak pakai lidah. Siap untuk ditelan.

18 February 2010

Bakat Yang Harus Dicungkil



Masa kecil aku ada step menari lagu ni. Aku memang berbakat. Hari-hari prektis dalam stor berek polis. Macam mana boleh muat aku pun tak tau. Yang pelik, kakak aku masa tu darjah 6 pun boleh join group aku. Memang mengancam.


Dengar betul-betul masa dia sebut "step one one one". Masa tu kira klimaks la menari.

Nak Jadi Kaya

Masa kecil-kecil lagi aku dah menunjukkan bakat aku dalam perniagaan. Memang tak boleh dipertikaikan lagi. Lagi-lagi dalam perniagaan air susu soya. Nak kaya lah katakan. Dapat duit lebih boleh beli roti. Kalau boleh beli roti masa kecil-kecil, kira anak orang kaya. Kalau setakat beli aiskrim pop, pandang sebelah mata je.


Setiap kali selepas mandi, aku akan menghasilkan air susu soya. Ambil air. Ambil kapur kasut. Bancuh bersama dan kacau sehingga sebati. Dah siap. Masuk dalam plastik. Ikat gaya mamak. Pusing-pusing bagai. Nak ikat separuh pun boleh. Ikut permintaan macam mana. Kemudian, siap!


Lepas tu aku akan hantar ke rumah jiran. Makcik sebelah terpinga-pinga dapat air susu soya percuma. Aku kata mak yang bagi.


Selepas seminggu menjalankan promosi, mak dapat tau. Aku kena makan penampar dan dihukum sebat. Pedih bontot wa cakap lu! Jiran aku ni tak pandai simpan rahsia langsung. Tak boleh jadi rakan kongsi.

17 February 2010

Budak Zaman Sekarang

Dulu-dulu mak selalu tanya, "Siti, nak makan apa tengah hari ni?"

"Nak makan nasi kandar lauk tengkuk ayam kuah banjir je mak. Nak 2kupang", jawab Siti. (harga nasi kandar lauk tengkuk ayam masa tu 20 sen).

...........................................................

Emak sekarang tanya, "Bena, hari ini nak makan apa?"

"Bena nak makan seperais, mama. Kat Jusco", jawab Bena.

"Seperais tu apa?" Mak dia tak paham lah tu..

"Seperais lah mama. Dekat mekdonel. Itu pun tak tau ke", jawab Bena.

"Mikhail pulak, nak makan apa hari ni?" mak dia tanya lagi.

"Kail nak Chilis mama," jawab Mikhail.




Mama terdiam. Malas nak tanya lagi. Terus pergi Pizza makan Pizza personal pan sudeeeyyyyyy...Banyak cekadak punya budak.


15 February 2010

J'aime le français

J'avais un petit ami appelé Norman Hakim. Il est gros, avait un grand ventre et une taupe jolie sur son visage. Je l'aime très beaucoup.


Hahahahahahahahahaha...aku pun tak berapa faham apa yang aku tulis kat atas. Besok kita tulis Spanish pula...Hensem lah pula mamat Yun Nam Hair Care atas ni..

12 February 2010

Saya Mahu Kamu Semua!!

Aku dah semakin bingung. Bukan ada masalah dengan pelajaran. Masalah dengan kekasih pun bukan. Masalah keluarga pun bukan. Masalah kewangan memang sentiasa ada. Tapi tak pernah mengganggu gugat kehidupan. Apa punya masalah pun tak tahu.


Aku rasa kosong. Terlalu banyak yang aku fikir. Yang pasti, bukan tentang pelajaran.


Aku fikir, makin lama...makin kosong. Makin sunyi. Baru aku sedar. Semuanya dah membesar. Memang sedih. Masa kecik-kecik dulu, pemikiran semuanya tak matang. Nak beli tempe pun rebut-rebut. Tapi sekarang dah lain.


Sorang-sorang kawan aku dah mula tuju ke arah kehidupan masing-masing. Dan kebanyakannya ke arah kebaikan. Seronok tu memang seronok. Part yang tak seronok bila masing-masing dah mula sibuk. Sibuk nak berkahwin. Sibuk dengan pelajaran. Sibuk dengan kerjaya. Masa untuk bersama dah semakin kurang. Tapi aku kagum. Walaupun sibuk, semuanya masih mencari-cari peluang untuk duduk bersama. Cerita perkara yang sama berulang-ulang. Zaman sekolah. Memang tak pernah habis.



Harap-harap, 5 tahun akan datang, kita semua boleh berkumpul la. SEMUA ye. Bukan separuh-separuh. Pedorn, jangan pula berhasrat nak terus menetap kat Melbourne tu. Baliklah. Makan nasi lemak. Nadiawani pun. Lama betul nak tunggu semua ada. Korang semua ada, baru aku kahwin. OK...haha

30 January 2010

Tanpa tajuk yang sesuai

Sekarang baru bulan Januari. Lagi 2 hari nak masuk Februari. Seronok. Seronok. Ramai yang keluar perut mak masing-masing bulan tu. Termasuklah aku. Yang lain, siap sedia. Jangan buat-buat lupa.

Baru bulan Januari. Tapi banyak sangat benda-benda yang meletihkan kepala otak jadi. Penat gila. Rasa macam nak mengamuk hentak-hentak kaki sampai lantai berlubang.

Masa ni lah kau akan nampak siapa kawan kau, siapa lawan kau. Tapi kebanyakkannya yang aku nampak adalah LAWAN.

Bukan nak mengumpat (walaupun aku memang mengaku aku suka mengumpat). Bukan nak mengungkit (walaupun sebentar lagi aku akan buat sesi mengungkit). Tapi aku geram dengan sesetengah perangai manusia.

Masa mula-mula kau datang masuk mendaftar, siapa yang kau cari? Aku kan? Sedangkan masa degree aku sama kelas dengan kau. Hampir 2 tahun. Tapi, pernah ke kau bersembang atau bercakap-cakap dengan aku? Tak pernah pun. kau sibuk dengan ahli kumpulan kau yang memang aku tak nafikan pandai-pandai belaka. Tapi bila kau masuk mendaftar tahun lepas, terkejut aku tiba-tiba kau tanya boleh ke tak nak tumpang bilik aku. Atas dasar kemanusiaan, aku bagi tempat tinggal untuk kau. Walaupun kita tak pernah bercakap. Takkan aku nak biar kau tidur dekat kerusi batu kot.

Tapi bila hal jadi macam ni, kau dengan senang hati pindah ke tempat baru. Ada kau tanya aku macam mana? Ada kau tanya aku ok ke tak menumpang kat bilik orang? Ada kau tanya semua tu?

Yang kau pulak. Ini KAU yang kedua. Menumpang juga di bilik aku. Aku pun tak faham kenapa aku benarkan orang-orang macam korang menumpang bilik aku bila korang cakap tak ada tempat tinggal. Kau lagi hebat. Pilih mana yang selamat buat kau. Bila kau kantoi, kau cari jalan selamat untuk diri kau berambus dari situ secepat mungkin. Lepas tu, minta aku selesaikan hal kantoi kau dekat pejabat. Kau ingat aku Pusat Kebajikan ke apa. Mula-mula rancang dengan aku tinggal bersama sebab kau malas nak pindah ke tempat lain. Jadi aku pun cancel nak pindah. Bila jadi macam ni, kau serah bulat-bulat kat aku. Kau kata, "Kau staylah situ. Ikut plan kau. Aku pindahlah. Aku takut". Masa kau cakap ni, kau ada guna otak ke tak. Dah terang-terangan kena berambus dari situ. Kau pilih jalan selamat untuk kau dan suruh aku explain pada pejabat. Kau ingat kali ni aku akan jadi bodoh ke nak ikut apa yang kau cakap.

Kau yang ketiga pula. Ini aku tak tau hantu apa merasuk kau. Nasihat pada aku macam-macam. Alih-alih kau pun sama. Rupanya kau manusia talam. Depan baik. Apa lagi. Bagi lah balik buku aku yang kau pinjam tu. tak reti-reti nak pulang kan ke. Kau ingat aku beli buku tu untuk kau ke. Kutuk baeeeeeeeeeeeekkkk punya. Tapi ambil juga buku aku.

Aku rasa aku tak rugi pun kalau aku tak berkawan dengan korang semua ni. Bukan aku tak pernah fikir apa kebaikan korang semua. Korang bukan jahat pun. Tapi ambil jalan pintas supaya hidup korang sentiasa senang.

Bukan aku tak pernah ingat jasa kau yang pernah ambil aku kat airport dulu.

Bukan aku tak pernah ingat jasa kau yang pernah masak untuk aku.

Bukan aku tak pernah ingat jasa kau mengajar aku bawak kereta kat PKP dulu.




Aku ingat semua. Dan terima kasih.





Kau ambil aku kat airport dulu pun aku bukan aku pakai duit kau. Semua aku yang bayar.

Kau masak untuk aku pun dulu bukan barang-barang masakan tu pakai duit kau semua.

Kau ajar aku bawak kereta pun bukan pakai duit kau untuk bayar sewa kereta dan minyak dulu.


Baru aku tau, dalam dunia ni, bukan semua kawan kau akan lalui kesusahan bersama. Bila aku ada tempat tinggal, semua berkerumun nak menumpang. Bila aku tak ada tempat tinggal, sorang pun tak tanya macam mana keadaan aku. Siap sms tanya, "Bila nak ambil tv kau kat sini?" - tanpa memikirkan keadaan aku. Tak bertanya khabar. Tak ada ucapan terima kasih kerana pernah menumpangkan. Apatah lagi minta maaf kerana sebab dia AKU TAK ADA TEMPAT TINGGAL!!


Kepada kau-kau yang di atas. Terima kasih. Tak kisahlah untuk apa-apa sekalipun. Terima kasih dan minta maaf. Terima kasih juga kerana PERNAH menjadi kawan. Sebab mulai sekarang, aku dan kau-kau semua BUKAN LAGI KAWAN. (maaf terpaksa ignore request kau lagi di FB). Jika ada hutang, bagi tau lah. Aku tak minta halalkan pun sebab aku tak mati lagi.



13 January 2010

Hobi

Dah lama tak menggunakan perkataan 'hobi'. Kecuali zaman kecil-kecil, hingus meleleh selet-selet kat baju.

Soalan tipikal cikgu dulu-dulu, "Apa hobi kamu?"
Soalan yang memang buat otak penat memerah jawapan apa yang patut dikeluarkan. Macam nak jawab soalan Add Maths. Seluk meja, beg, bekas pensel. Mana tau jumpa jawapan yang sesuai.

Kawan-kawan yang lain, muka selamba, sambil goyang-goyang kepala menjawab, "Kumpul setem cikgu!".
Apa barang kumpul-kumpul setem. Bukan boleh dapat duit pun. Aku kumpul setem yang mak aku kumpul dulu-dulu. Kira setem turun temurun la ni.

....................................

Cikgu memandang ke muka aku. "Hah, kamu. Kenapa diam? Apa hobi kamu?" Aku dengan tenang menjawab, "Kumpul kucing cikgu". Cikgu pun diam.

....................................

Ni lah koleksi kucing-kucing yang pernah aku jaga. Sekarang je takde koleksi.



Ini Bulat




Ni pengikut setia aku. Itam. Bukan Sayda. Jangan salah paham.


Ini pula, Nemo. Kamceng dengan Bulat. Tidur pun mesti bersama.

Ini Adek. Gaya tidur memang kurang senonoh.

Nama sebenar Stokin. Nama manja Oken.



Ok. Ini sajalah koleksi gambar yang ada. Yang dulu-dulu banyak lagi. Tapi tak pernah pula ambil gambar. Mak kata kalau ambil gambar nanti kucing hilang. (Ada kena mengena ke?)

12 January 2010

Nasi Lemak Meletup

Teringat zaman muda-muda (sekarang pun masih muda...sweet 16), zaman di sekolah menengah. Nasi lemak dining hall merupakan hidangan yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar setiap pagi Jumaat. Memang terangkat la wa cakap lu. Punyalah sedap sampai mulut boleh berbuih mulut bila mengunyah.

Mula dari tingkatan 1 lagi, aku dah mula menunjukkan sikap berjimat-cermat amalan mulia. Walaupun dah breakfast, tetap tapau nasi lemak. Bukan apa. Waktu rehat nanti boleh makan. Tak payah membazir duit beli makanan Mak Aji yang mata duitan tu.

Suatu hari, di dalam kelas Geografi, Cikgu ..... (tak ingat namanya) a.k.a Bard (aku pun tak tau kenapa semua student menggelar dia Bard) sedang serius mengajar. Tapi perut aku dah semakin lapar. Waktu rehat lambat lagi. Subjek Geografi bukannya best pun. Lagi menambahkan lapar. Apabila Cikgu Bard mengadap ke whiteboard, aku ambil peluang untuk suap nasi lemak ke mulut. Berkali-kali Cikgu Bard mengadap ke whiteboard, berkali-kali aku menyuap nasi lemak ke mulut. Bukan main sedap lagi nasi lemak ni. Meletup nyahhh....

Tiba-tiba....

"Awak kat belakang sekali tu, kalau nak makan nasi lemak, tutup-tutup sikit. Pengetua lalu nanti nampak awak makan nasi lemak dalam kelas".....

Eh...baik hati betul Cikgu Bard. Aku senyum dan terus menyuap nasi lemak sampai habis sambil mengangguk-angguk tanda faham apa yang di ajar di hadapan kelas.

11 January 2010

Abang Pejal, U tetap di hati

Akhirnya, penantian sudah berakhir. Punya lah semangat aku duduk depan tv dari pukul 8 malam (selama ni tak pernah pun tengok berita) semata-mata menunggu AJL bermula. Bila dah mula, aku pula tak senang duduk. 5-6 kali pergi tandas. Gemuruh punya pasal. Berdebar menunggu penyanyi pujaan beraksi. Bila dah sampai giliran, tiba-tiba bulu roma meremang. Wahhh...hebatnya Faizal Tahir...auwww... I memang minat you habis... Pengsan-pengsan dengar Abg Pejal menyanyi walaupun pakai tongkat. Gaya terkini lah... Dapat no.3 pun I tetap minat you!!!


p/s: Akak hindustan yang menyanyi dengan Aizat, tahun depan cuba nasib bawak lagu sendiri ye. Suara akak merdu menusuk kalbu laaa....

02 January 2010

Malas betul nak balik

Malam ni malam last boleh golek-golek atas tilam empuk. Kangkang sana. Kangkang sini. Esok dah nak masuk hutan balik. Bosan betul. Bukan apa. Kawan-kawan semua dah tak ada. Lagi malas nak balik sebab mata ada ketumbit pulak. Sepet sebelah. Macam awek Korea. Cun. Macam mana nak balik esok ni? Kena pakai topeng. Harap-harap lepas la pemeriksaan pakcik polis bila pakai topeng macam ni.