22 December 2009

Tengah penat memang mudah naik angin

Hari ini rasanya aku dah melakukan aktiviti yang sangat berfaedah untuk diri sendiri. Yelah. Azam baru dah terngiang-ngiang. Saja try test dulu sekarang.

Pergi gym tadi. Dengan Ahli Persatuan Gemuk Putrajaya. Nak tau siapa ahli dia? Rahsia. Memang penat walaupun cuma eksesais tak sampai 20 minit. Enjin dah cabuk. Lama tak mentenen. Biasalah. Tapi azam nak turun 10kg tetap membara.

Balik-balik, buka FB. Tengok-tengok gambar kawan-kawan. Tiba-tiba naik angin. Haha. Macam bodoh nak naik angin sebab tengok gambar orang lain. Sebab nak mengamuk? Mungkin rasa menyampah tengok orang letak gambar yang bajet cun siap po-shop (ni orang Korea panggil, jawa cakap photoshop). Photoshop berpada tu ok lah. Janganlah sampai muka jadi macam orang lain. Aneh benar lah. Bila gambar dekat-dekat, di-blur-kan. Nak nampak muka suci mungkin. Bercahaya. Lepas tu amik gambar dari sudut atas. Nak mencipta ilusi optik.


Sapa-sapa ada yang berbuat demikian, insaflah. Jangan hidup dalam denial. Bosan i (tapi tetap terus tengok gambar. Penyibuk lah katakan). Aku pun huduh. Photoshop sekali pun tak mancung hidung aku. wewit...


3 comments:

fara said...

ko jeles ke echah. hahahhahaa

Echah Sarudin said...

haha..jeles pebenda nya...sebab tau muka real cemana kan.hahahaha

fara said...

tu lah gunanye photoshop. huhuhuhu.