28 December 2009

Otot besi

Seminggu aku berhabis-habisan senam pagi petang siang malam. Kira senam ni makanan harian aku lah selama seminggu ni. Senam punya senam punya senam ditambah diet ketat, akhirnya membuahkan hasil yang bila pikir balik macam tak memuaskan. BERAT MUSCLE NAIK 3KG!! Wah.. aku dah mula rasa macam Madonna dah sekarang. Mesti korang pelik bila pikir orang diet nak turunkan berat badan. Aku apa jadah diet-diet muscle naik. Bukan berangan nak jadik mamat iklan Shieldtox tu. Berat muscle naik bermakna berat lemak dalam badan dah berkurangan. Fokus diet kali ini adalah untuk kesihatan jangka panjang. Bukan semata-mata nak kurus lepas tu terhuyung-hayang tengah jalan macam mat pit nak pow singgit.



Nota kaki: Berjaya jugak diet selama seminggu diiringi video Jillian Michaels beserta aktiviti gym yang hebat. Wewiiittt...

No comments: