21 December 2009

Azam yang tak berapa nak baru

Memandangkan lagi berapa hari je lagi nak masuk tahun 2010, jadi aku dah mula memasang azam-azam yang konon akan dilaksanakan tahun depan. Tak banyak sangat. Suam-suam kuku je.

1. Nak kuruskan badan. Nak lawan Wanita 3-tier. Mesti turun 12kg. Agak-agak berjaya tak? Kita tunggu dan lihat.

2. Nak habiskan belajar yang tak habis-habis. Dah bosan dengar dialog orang rama, "buat apa sekarang?"....."oh,cuti ke? bila habis belajar?"......"lepas habis belajar kerja apa nanti?"...soalan bikin gua panas luar dan dalam.

3. Nak simpan duit cepat-cepat. Asyik beli benda bukan-bukan. Takde pekdah je.





Itu je setakat ni. Kalau ada penambahan nanti boleh update. Sebab sekarang malas nak pikir sangat. Tahun baru lagi 10 hari. Jadi tak perlu perah otak pikir sekarang.

No comments: