28 December 2009

Otot besi

Seminggu aku berhabis-habisan senam pagi petang siang malam. Kira senam ni makanan harian aku lah selama seminggu ni. Senam punya senam punya senam ditambah diet ketat, akhirnya membuahkan hasil yang bila pikir balik macam tak memuaskan. BERAT MUSCLE NAIK 3KG!! Wah.. aku dah mula rasa macam Madonna dah sekarang. Mesti korang pelik bila pikir orang diet nak turunkan berat badan. Aku apa jadah diet-diet muscle naik. Bukan berangan nak jadik mamat iklan Shieldtox tu. Berat muscle naik bermakna berat lemak dalam badan dah berkurangan. Fokus diet kali ini adalah untuk kesihatan jangka panjang. Bukan semata-mata nak kurus lepas tu terhuyung-hayang tengah jalan macam mat pit nak pow singgit.



Nota kaki: Berjaya jugak diet selama seminggu diiringi video Jillian Michaels beserta aktiviti gym yang hebat. Wewiiittt...

25 December 2009

Azam Tahun Baru!!!






Inilah aktiviti yang berfaedah sepanjang minggu ni. Sempena menyambut kedatangan Tahun Baru. Nampak semangat kan? Senaman ni sempena wedding Nani nanti sebab masa tu aku dengan Nani nak pakai baju lace yang koyak-koyak kat tangan sebab nak tunjuk muscle. Fokus fokus!!

22 December 2009

Tengah penat memang mudah naik angin

Hari ini rasanya aku dah melakukan aktiviti yang sangat berfaedah untuk diri sendiri. Yelah. Azam baru dah terngiang-ngiang. Saja try test dulu sekarang.

Pergi gym tadi. Dengan Ahli Persatuan Gemuk Putrajaya. Nak tau siapa ahli dia? Rahsia. Memang penat walaupun cuma eksesais tak sampai 20 minit. Enjin dah cabuk. Lama tak mentenen. Biasalah. Tapi azam nak turun 10kg tetap membara.

Balik-balik, buka FB. Tengok-tengok gambar kawan-kawan. Tiba-tiba naik angin. Haha. Macam bodoh nak naik angin sebab tengok gambar orang lain. Sebab nak mengamuk? Mungkin rasa menyampah tengok orang letak gambar yang bajet cun siap po-shop (ni orang Korea panggil, jawa cakap photoshop). Photoshop berpada tu ok lah. Janganlah sampai muka jadi macam orang lain. Aneh benar lah. Bila gambar dekat-dekat, di-blur-kan. Nak nampak muka suci mungkin. Bercahaya. Lepas tu amik gambar dari sudut atas. Nak mencipta ilusi optik.


Sapa-sapa ada yang berbuat demikian, insaflah. Jangan hidup dalam denial. Bosan i (tapi tetap terus tengok gambar. Penyibuk lah katakan). Aku pun huduh. Photoshop sekali pun tak mancung hidung aku. wewit...


21 December 2009

Azam yang tak berapa nak baru

Memandangkan lagi berapa hari je lagi nak masuk tahun 2010, jadi aku dah mula memasang azam-azam yang konon akan dilaksanakan tahun depan. Tak banyak sangat. Suam-suam kuku je.

1. Nak kuruskan badan. Nak lawan Wanita 3-tier. Mesti turun 12kg. Agak-agak berjaya tak? Kita tunggu dan lihat.

2. Nak habiskan belajar yang tak habis-habis. Dah bosan dengar dialog orang rama, "buat apa sekarang?"....."oh,cuti ke? bila habis belajar?"......"lepas habis belajar kerja apa nanti?"...soalan bikin gua panas luar dan dalam.

3. Nak simpan duit cepat-cepat. Asyik beli benda bukan-bukan. Takde pekdah je.





Itu je setakat ni. Kalau ada penambahan nanti boleh update. Sebab sekarang malas nak pikir sangat. Tahun baru lagi 10 hari. Jadi tak perlu perah otak pikir sekarang.

01 December 2009

Kek Cawan Cinta Beralih Arah

Semenjak rasa tua ni, dah banyak kurangkan aktiviti yang membuang masa. Contohnya melepak-lepak di warung, menonton wayang dan sebagainya.

Jadi semalam aku dan rakan sejawat (bajet dah kerja) menghabiskan masa bersama membuat aktiviti dapur iaitu Program Jom Memasak bersama Mama Juwie (Nani).

Malas nak cerita,kita lihat sahaja hasil mereka yang pro.

Ni adunan Chocolate Moist...nampak lazat kan.

Ini Blueberry tapi bau macam kek pisang


Ini adalah orang-orang yang bekerja keras





Dah masuk dalam cawan jelita

Dah siap decorate dengan design yang kreatif dan inovatif

Ok.dah siap dan boleh makan.walaupun ada corak aneh di atas cupcake.


Sekian sahaja.
Sayda,bila kau nak free ni.Sejak dua menjak ni asyik lupa kawan.