21 November 2009

Kecewa

Sekarang dah 1.52 am. Mata dah mengantuk. Bukan tak nak tidur. Tapi rasa susah nak tidur. Walaupun adek pipi labuh tengah menyanyi konon nak dodoikanlah. Haha. Tapi menyanyi macam tengah karaoke pulak.

Tadi lepas bersembang-sembang dengan ahli mulut longkang..Fuhhhh..memang kecewa. Frust tahap menonggeng. Bukan sebab Shila OIAM nyanyi lagu Faizal Tahir. Tu memang satu hal lah. Tapi ni lagi dahsyat. Sampai tak tau nak mula dari mana. Tak tau nak cakap apa.

Ingat lagi masa sekolah dulu. Masa awal-awal masuk Form 1, memang aku benci betul sekolah. Tak seronok. Tak dapat tengok TV. Tak dapat peluk-peluk kucing time tidur. Tapi lama-kelamaan aku rasa aku dapat benda yang paling berharga (tiba-tiba ayat kodi gila. Taip sambil tergelak malu dengan ayat sendiri). KAWAN-KAWAN. Aku memang tak sangka aku akan dapat kawan yang terhebat kat sini. DIULANGI. YANG TERHEBAT.



Tak kisahla perangai tahi macam mana pun, tetap rasa diorang ni yang terbaik. Nak kata baik sangat, tak pun. Mulut sorang-sorang memang tak hingat lah, Lagi-lagi yang duduk depan sekali tu baju hijau gaya rapper tu. Dengan yang rambut kerinting baju kaler putih. Mulut memang takde insurans. Tapi aku still rasa senang dengan diorang. Mungkin lama-lama dah imun dengan perangai masing.

Dengan nani asyik kena ejek pasal rambut kerinting macam megi, Bila pakai tudung, tudung pulak ibarat mentol menyala-nyala.

Wanita pulak asyik kena ejek pasal perut yang berlapis-lapis. Makin lama makin banyak tingkat-tingkat yang ada pada badan.

Pedorn pulak dulu asyik kena ejek je bila menyanyi ton suara mendatar. Bila menyanyi tak dapat detect dia nyanyi lagu apa.Syok sendiri.

Nadiawani, tak tau nak ejek dia apa. Sebab tak habis-habis dengan Lizzie dia tu masa kecik-kecik. Tiba-tiba je rasa suka nak panggil dia Nadiam. Panggilan yang memang dia benci betul bila dengar.

Affa. Tak habis-habis orang mengutuk dahi jendul dia. Nak buat cemana, Dah memang luas sangat. Haha

Sapikah pulak, asyik kena ejek masa sekolah pasal pakai baju hawaii. Lepas tu asyik kena ejek sebab cuba tiru gaya Shah Rukh Khan. Sampai sekarang kadang-kadang masih panggil cokan. Biasalah. Panggilan manja.

Natrah. Lama tak mengejek dia. Lepas keluar sekolah, dah jarang jumpa dia. Banyak sangat mengejek Natrah dulu. Last sekali ejekan yang masih segar adalah "KERETA ELIZA TERBAKAR". Memang kelakar dan rasa bodoh. Sampai sekarang masih bermain-main dengan ayat itu. Haha

Mai. haaa. Ni lagi satu manusia yang tak habis-habis emosional. Kira Queen of Emo lah dia ni. Masa sekolah asyik cakap dia emo lah. Sampai sekarang memang emo jugak. Tapi bahan mengejek dia sekarang adalah..dia jarang join aktiviti kipas. Bila bab boifren, akak Budak Songkok Tinggi, fuhh...memang laju.

Natali. Ni manusia mulut yang boleh tahan celupar jugak mulut dia. Penyimpan duit yang boleh membuat orang lain menyimpan dendam.

Wajihan. Tak boleh nak cakap apa lah. Sebab duduk jauh. Takkan kejam gila nak paksa-paksa jumpa jugak. Tapi kadang-kadang kutuk jugak Wajy n sebab JUMPA AZEELA BOLEH. JUMPA ORANG LAIN TAKNAK. oooooooo...

Azeela. Haha. ni banyak benda nak kutuk. Lagi-lagi lepas Ikhlas aktif cerita pasal gamgam dia. Haha. Tapi nak buat cemana, Ikhlas memang begitu. Haha.

Besah. Selalu dengan gaya pelik hiphop masa sekolah. Menari-nari depan meja orang tak tentu hala. Angin ahmar mungkin.

Aku? Alah. Aku peduli apa diorang kutuk-kutuk aku. Dah biasa dengar. Hitam lah. Mushroom ganaz lah. Jerawat lah. Jalan tar lah. Haha. Kenapa? Sebab aku tau mulut diorang ni memang tak boleh disekat. Memang dahsyat. SEBAB AKU KENAL DIORANG NI DARI UMUR AKU 13 TAHUN. HAMPIR 10 TAHUN. 10 TAHUN. Aku tak penah lagi ada kawan yang mengutuk aku depan-depan macam diorang. Yang aku kenal lepas sekolah semuanya jenis puji memuji antara satu sama lain. Baikkkkkkk je semua bila di depan. Sampai tak tau kena serang hendap pun. (Pinjam ayat sayda kejap).

Tapi malam ni aku rasa sedih kot. Entah. Frust? Kecewa. Tak tau nak describe macam mana. Hanya dengan 1 perkataan, friendship yang selama ni aku anggap sangat hebat macam diperlekehkan. Mungkin terlalu emosional atau marah sampai tak sedar apa yang dicakapkan tu sebenarnya memberi impak yang besar terhadap orang lain. Yelah. Macam laki bini lah. Kalau dah terlepas cakap talak tu, jatuhla talaknya. Dah cakap dah pun.

Apa-apa pun. Minta maaflah kepada kawan-kawan yang mana ada terasa hati dengan tingkah laku atau perkataan yang tak munasabah yang dikeluarkan. Biasalah kalau dah berjumpa. Semua dah macam kena rasukan ablasa.

Kepada kawan-kawan yang terbaik dan terhebat:
Sayda
Nani
Shuze
Wanita
Azeela
Wajihan
Besah
Pedorn
Affa
Sapikah
Nadiawani
Natali
Mai
Adhel
Natrah
Mira

Minta maaf kalau mana-mana antara korang yang ada terasa hati atau apa. Semua yang dalam list ni semua aku penah kutuk-kutuk. Tapi tak sampai rasa nak perlekehkan friendship kita selama ni sebab bagi aku seburuk-buruk mana korang, korang lah kawan-kawan aku susah senang masa kita kat sekolah dulu since masing-masing parents semua jauh-jauh.

(Mood malam ini sangat serius sampai rasa nak menangis sebab teringat zaman sekolah)

5 comments:

мyΞ'™ said...

uih..ecah..bc entri ni smabil tersengih plus cm sebak2. emm..

Nani Allen said...

haihhh sabar je la. aku rasa kita semua kena jumpa la. i mean semua. as in SEMUA.

sayda dino said...

aku pun jadi rindu nak balik zaman sekolah. bila dah besar ni macam2 masalah. lagi tenang masa kita sekolah dulu

wanita said...

aku br bace la..tgh sebak2 spoil bace lapisan perut aku..cisss!!!!

sayda dino said...

wanita: aku terharu. haha