24 November 2009

Bahasa Jawa Jiwa Bangsa

Hari ni aku rasa nak belajar Bahasa Jawa dengan lebih mendalam lah. Saja...

Masa aku kecil, hari-hari mak dengan abah bercakap Jawa. Oh, untuk pengetahuan semua, Bahasa Jawa merupakan bahasa pengantara mak dan abah. Tak pernah pula aku dengar diorang cakap Melayu. Dengan anak-anak jelah diorang cakap Melayu. Secara tak langsung, aku faham 99% setiap percakapan mak dan abah. Maksudnya, aku dah menguasai 2nd language dari kecil. Hebat kan? Fuhhh...Tapi masalahnya sekarang, nak buat ayat aku tak pandai. Kira cakap tak pandai, tapi boleh faham dengan lancar lah. Haha.

Ok, jom...

"Dino iki, aku jogo bocah-bocah neng omah"
Maksudnya:
Hari ini, aku jaga budak-budak di rumah

dino = hari (bukan Sayda Dino)
iki = ini
bocah = budak
neng = di

Mudah kan?

2 comments:

Nani Allen said...

boleh diusulkan untuk jadi bahasa asing untuk sekolah asrama penuh tak pun upnm. wahahahahahaha!


BOCAH BOCAH? wakakakakaka lawak sial

Echah Sarudin said...

boleh buat proposal anta upnm. mungkin org gaji kau pun boleh apply guru bahasa