22 November 2009

Aktiviti keluarga yang menyeronokkan

Penat gila hari ni. Penat sebab tak buat apa-apa. Baru aku tau. Tempat yang kakak aku rahsia-rahsiakan selama ini adalah CARI JALAN DARI KAJANG KE KL SENTRAL. Haih. Terpaksa aku ikut dia cari jalan sepanjang petang tadi. Guna GPS pun tetap sesat. Bukan salah aku tak reti menggunakan teknologi canggih. GPS tu yang bodoh sangat. Cakap tergagap-gagap. Lembab. Dah masuk simpang mana-mana baru nak cakap.

Tapi sebelum ekspidisi mencari jalan bermula, kami sekeluarga (takdelah keluarga sangat pun) melakukan aktiviti keluarga. Seperti biasalah. Tengok wayang. Dah lama tak tengok wayang. Semenjak rasa dewasa ni (ecececehhhhh), tengok wayang tu ibarat buang masa dan duit. Baik pergi makan. Lagi bagus. Kenyang. 2-3 minggu lepas cerita dah released, download. Layan kat rumah. Lagi enak berdentum-dentum.

Cerita tadi yang aku tengok, sebenarnya dah plan dengan si pipi labuh. Nak tengok bersama. Memandangkan dah lama betul kitorang tak dating secara normal (seperti menonton wayang). Tapi kakak aku lebih pantas. So, aku tengok dululah. 2012. Memang bestlah. Best sangat. Mula-mula aku ingat efek dia macam cerita Tsunami Korea tu. Tapi, omputeh buat efek lebih hebat lah. Malas nak cerita panjang-panjang. Kesimpulannya memang best. Tengok 2-3 kali pun mungkin tak bosan. Cuma ending tu, biasalah. Tak logik sikit. Tapi tetap bestlah.

Besok nak buat apa pulak ni? Hari-hari pikir. Boleh botak...




No comments: