26 November 2009

Gelek gerudi


apa rasanya goyang gerudi macam inul?

25 November 2009

Selamat Hari Raya Haji


Hah!


Selamat Hari Raya Haji semua..

Mula Bosan

Aku dah mula bosan dengan gaya hidup aku sekarang. Kenapa. Tak tahulah. Macam-macam benda yang tak elok dah mula datang.

p/s: gaya hidup aku sekarang maksudnya AKU ASYIK NAK MARAH JE SEKARANG NI. kolestrol tinggilah katakan.

24 November 2009

Bahasa Jawa Jiwa Bangsa

Hari ni aku rasa nak belajar Bahasa Jawa dengan lebih mendalam lah. Saja...

Masa aku kecil, hari-hari mak dengan abah bercakap Jawa. Oh, untuk pengetahuan semua, Bahasa Jawa merupakan bahasa pengantara mak dan abah. Tak pernah pula aku dengar diorang cakap Melayu. Dengan anak-anak jelah diorang cakap Melayu. Secara tak langsung, aku faham 99% setiap percakapan mak dan abah. Maksudnya, aku dah menguasai 2nd language dari kecil. Hebat kan? Fuhhh...Tapi masalahnya sekarang, nak buat ayat aku tak pandai. Kira cakap tak pandai, tapi boleh faham dengan lancar lah. Haha.

Ok, jom...

"Dino iki, aku jogo bocah-bocah neng omah"
Maksudnya:
Hari ini, aku jaga budak-budak di rumah

dino = hari (bukan Sayda Dino)
iki = ini
bocah = budak
neng = di

Mudah kan?

22 November 2009

Aktiviti keluarga yang menyeronokkan

Penat gila hari ni. Penat sebab tak buat apa-apa. Baru aku tau. Tempat yang kakak aku rahsia-rahsiakan selama ini adalah CARI JALAN DARI KAJANG KE KL SENTRAL. Haih. Terpaksa aku ikut dia cari jalan sepanjang petang tadi. Guna GPS pun tetap sesat. Bukan salah aku tak reti menggunakan teknologi canggih. GPS tu yang bodoh sangat. Cakap tergagap-gagap. Lembab. Dah masuk simpang mana-mana baru nak cakap.

Tapi sebelum ekspidisi mencari jalan bermula, kami sekeluarga (takdelah keluarga sangat pun) melakukan aktiviti keluarga. Seperti biasalah. Tengok wayang. Dah lama tak tengok wayang. Semenjak rasa dewasa ni (ecececehhhhh), tengok wayang tu ibarat buang masa dan duit. Baik pergi makan. Lagi bagus. Kenyang. 2-3 minggu lepas cerita dah released, download. Layan kat rumah. Lagi enak berdentum-dentum.

Cerita tadi yang aku tengok, sebenarnya dah plan dengan si pipi labuh. Nak tengok bersama. Memandangkan dah lama betul kitorang tak dating secara normal (seperti menonton wayang). Tapi kakak aku lebih pantas. So, aku tengok dululah. 2012. Memang bestlah. Best sangat. Mula-mula aku ingat efek dia macam cerita Tsunami Korea tu. Tapi, omputeh buat efek lebih hebat lah. Malas nak cerita panjang-panjang. Kesimpulannya memang best. Tengok 2-3 kali pun mungkin tak bosan. Cuma ending tu, biasalah. Tak logik sikit. Tapi tetap bestlah.

Besok nak buat apa pulak ni? Hari-hari pikir. Boleh botak...




21 November 2009

Kecewa

Sekarang dah 1.52 am. Mata dah mengantuk. Bukan tak nak tidur. Tapi rasa susah nak tidur. Walaupun adek pipi labuh tengah menyanyi konon nak dodoikanlah. Haha. Tapi menyanyi macam tengah karaoke pulak.

Tadi lepas bersembang-sembang dengan ahli mulut longkang..Fuhhhh..memang kecewa. Frust tahap menonggeng. Bukan sebab Shila OIAM nyanyi lagu Faizal Tahir. Tu memang satu hal lah. Tapi ni lagi dahsyat. Sampai tak tau nak mula dari mana. Tak tau nak cakap apa.

Ingat lagi masa sekolah dulu. Masa awal-awal masuk Form 1, memang aku benci betul sekolah. Tak seronok. Tak dapat tengok TV. Tak dapat peluk-peluk kucing time tidur. Tapi lama-kelamaan aku rasa aku dapat benda yang paling berharga (tiba-tiba ayat kodi gila. Taip sambil tergelak malu dengan ayat sendiri). KAWAN-KAWAN. Aku memang tak sangka aku akan dapat kawan yang terhebat kat sini. DIULANGI. YANG TERHEBAT.



Tak kisahla perangai tahi macam mana pun, tetap rasa diorang ni yang terbaik. Nak kata baik sangat, tak pun. Mulut sorang-sorang memang tak hingat lah, Lagi-lagi yang duduk depan sekali tu baju hijau gaya rapper tu. Dengan yang rambut kerinting baju kaler putih. Mulut memang takde insurans. Tapi aku still rasa senang dengan diorang. Mungkin lama-lama dah imun dengan perangai masing.

Dengan nani asyik kena ejek pasal rambut kerinting macam megi, Bila pakai tudung, tudung pulak ibarat mentol menyala-nyala.

Wanita pulak asyik kena ejek pasal perut yang berlapis-lapis. Makin lama makin banyak tingkat-tingkat yang ada pada badan.

Pedorn pulak dulu asyik kena ejek je bila menyanyi ton suara mendatar. Bila menyanyi tak dapat detect dia nyanyi lagu apa.Syok sendiri.

Nadiawani, tak tau nak ejek dia apa. Sebab tak habis-habis dengan Lizzie dia tu masa kecik-kecik. Tiba-tiba je rasa suka nak panggil dia Nadiam. Panggilan yang memang dia benci betul bila dengar.

Affa. Tak habis-habis orang mengutuk dahi jendul dia. Nak buat cemana, Dah memang luas sangat. Haha

Sapikah pulak, asyik kena ejek masa sekolah pasal pakai baju hawaii. Lepas tu asyik kena ejek sebab cuba tiru gaya Shah Rukh Khan. Sampai sekarang kadang-kadang masih panggil cokan. Biasalah. Panggilan manja.

Natrah. Lama tak mengejek dia. Lepas keluar sekolah, dah jarang jumpa dia. Banyak sangat mengejek Natrah dulu. Last sekali ejekan yang masih segar adalah "KERETA ELIZA TERBAKAR". Memang kelakar dan rasa bodoh. Sampai sekarang masih bermain-main dengan ayat itu. Haha

Mai. haaa. Ni lagi satu manusia yang tak habis-habis emosional. Kira Queen of Emo lah dia ni. Masa sekolah asyik cakap dia emo lah. Sampai sekarang memang emo jugak. Tapi bahan mengejek dia sekarang adalah..dia jarang join aktiviti kipas. Bila bab boifren, akak Budak Songkok Tinggi, fuhh...memang laju.

Natali. Ni manusia mulut yang boleh tahan celupar jugak mulut dia. Penyimpan duit yang boleh membuat orang lain menyimpan dendam.

Wajihan. Tak boleh nak cakap apa lah. Sebab duduk jauh. Takkan kejam gila nak paksa-paksa jumpa jugak. Tapi kadang-kadang kutuk jugak Wajy n sebab JUMPA AZEELA BOLEH. JUMPA ORANG LAIN TAKNAK. oooooooo...

Azeela. Haha. ni banyak benda nak kutuk. Lagi-lagi lepas Ikhlas aktif cerita pasal gamgam dia. Haha. Tapi nak buat cemana, Ikhlas memang begitu. Haha.

Besah. Selalu dengan gaya pelik hiphop masa sekolah. Menari-nari depan meja orang tak tentu hala. Angin ahmar mungkin.

Aku? Alah. Aku peduli apa diorang kutuk-kutuk aku. Dah biasa dengar. Hitam lah. Mushroom ganaz lah. Jerawat lah. Jalan tar lah. Haha. Kenapa? Sebab aku tau mulut diorang ni memang tak boleh disekat. Memang dahsyat. SEBAB AKU KENAL DIORANG NI DARI UMUR AKU 13 TAHUN. HAMPIR 10 TAHUN. 10 TAHUN. Aku tak penah lagi ada kawan yang mengutuk aku depan-depan macam diorang. Yang aku kenal lepas sekolah semuanya jenis puji memuji antara satu sama lain. Baikkkkkkk je semua bila di depan. Sampai tak tau kena serang hendap pun. (Pinjam ayat sayda kejap).

Tapi malam ni aku rasa sedih kot. Entah. Frust? Kecewa. Tak tau nak describe macam mana. Hanya dengan 1 perkataan, friendship yang selama ni aku anggap sangat hebat macam diperlekehkan. Mungkin terlalu emosional atau marah sampai tak sedar apa yang dicakapkan tu sebenarnya memberi impak yang besar terhadap orang lain. Yelah. Macam laki bini lah. Kalau dah terlepas cakap talak tu, jatuhla talaknya. Dah cakap dah pun.

Apa-apa pun. Minta maaflah kepada kawan-kawan yang mana ada terasa hati dengan tingkah laku atau perkataan yang tak munasabah yang dikeluarkan. Biasalah kalau dah berjumpa. Semua dah macam kena rasukan ablasa.

Kepada kawan-kawan yang terbaik dan terhebat:
Sayda
Nani
Shuze
Wanita
Azeela
Wajihan
Besah
Pedorn
Affa
Sapikah
Nadiawani
Natali
Mai
Adhel
Natrah
Mira

Minta maaf kalau mana-mana antara korang yang ada terasa hati atau apa. Semua yang dalam list ni semua aku penah kutuk-kutuk. Tapi tak sampai rasa nak perlekehkan friendship kita selama ni sebab bagi aku seburuk-buruk mana korang, korang lah kawan-kawan aku susah senang masa kita kat sekolah dulu since masing-masing parents semua jauh-jauh.

(Mood malam ini sangat serius sampai rasa nak menangis sebab teringat zaman sekolah)

17 November 2009

Bulu roma berdiri tegak

Tiba-tiba si Black Soy buzz aku malam-malam. Ingatkan ada hot gossip. Rupa-rupanya si hitam tu nak tau macam mana nak attach video kat entry dia. Haih.Harap pakai BELEKBERI je minah ni. Jadi, aku pun test-test la minda aku macam mana nak attach video ni. Pastu aku teringat pasal video BELEK AI PIS ni. Sebab ada iras-iras Black Soy.

Mula-mula aku rasa macam bodoh betul minah baju biru yang terkinja-kinja sorang-sorang. Haha. Rasa nak lempang pun ada. Rasa nak tendang bontot dia dari belakang lepas tu lari pun ada. Takpun sadung kaki dia. Dah macam kena sawan khinzir aku tengok. Tapi lepas tu...ooohhhhh ohhhhhhhh ooooooohhhhhhh..memang sangat kagum. GILA LAH WEIIIIIIIII... WA CAYA LA SAMA LU PUNYA LUBANG IDONG OPRAH...


11 November 2009

Merancang percutian yang mengerikan dengan ahli mulut longkang

Berdebar-debar..Tak tau nak tulis apa lagi sebab penat tunggu depan laptop dari pukul 8 pagi sampai sekarang semata-mata nak beli tekeeetttt..Sakit belakang aku.

08 November 2009

Tak ada apa yang menarik

Semenjak dua menjak ni, rasanya tak ada apa yang menarik nak cerita. Semalam baru sampai uum. Hari nak balik ke rumah semula. Haha. Malas lah nak tinggal sini. Rasa malas nak bergerak pergi beli makanan. Malas nak keluar pintu pakai kasut pergi toilet, malas nak basuh baju, tunggu mesin basuh. Semuanya malas. Entah kenapa. Takkan sebab dah gemuk. Haha. Mungkin jugak. Jadi, apa-apa pun, jom balik rumah petang ni. yeh yeh.

Rasanya dah lama tak jumpa kawan-kawan. Mentol, Black Soy dan sebagainya...