13 October 2009

Nak balik. semua kerja tak menjadi

Oh hai. Selamat pagi. Takdelah pagi sangat sekarang. Hari ni pagi-pagi dah sampai fakulti. Kalau tak ada presentation, jangan harap la pukul 8 ada kat fakulti. Makcik cleaner pun tak sempat nak cuci jamban lagi. Pagi tadi ada presentation. Hari ni takdelah pulak rasa 'neves' sangat macam selalu. Minggu ni aku rajin kemain. Makan tak lalu, tidur tak lena. Asyik belajar, belajar, belajar. Hebat tak? Haih. Mestilah tipu kan. Kalau betul lah aku macam tu, mesti sekarang aku dah habis belajar. Boleh relaks-relaks. Jadi Dekan pun boleh dah.

Petang ni balik ke KL. Eh, bukan KL. Kajang. Saja sebut KL sebab nak rasa bandar sikit. Seronok betul nak balik. Lupa semua kerja kejap. Balik sini balik nanti baru fikir balik. Masa tu mesti kena hentam lagi time presentation. Dah biasa. Dah lali. Kebal dengan segala ancaman dan tohmahan dah sekarang. Aku kan Mr. Muscle.

Nota kaki: Adek pipi labuh, tunggu i ok.
*Serabut dengar lahu-lagu Raya kat foyer. Bukan lagu Raya pun ada. Zaman apa punya lagu. Bising gila. Dahla tak ajak makan. Lagi angin satu kepala.Berdosa orang tengok dia makan-makan.

2 comments:

Nani Allen said...

sapa pipi labuh? norman? hahahaha norman=halimah syaaban LOLOLOLOL

Echah Sarudin said...

apsal halimah syaaban? haha.kurang ajar