11 October 2009

Malas Malas Malas

Baru habis kelas. Memang rasa seronok. Dulu masa belajar, memang malas nak pergi kelas. Bila mengajar pula still rasa malas nak pergi kelas. Entahla kenapa. Mula-mula mengajar dulu rasa best lah juga. Excited. Yelah. Boleh berlagak garang. Angkat-angkat kening. Jeling-jeling mata. Student mesti gerun. Tapi bila dah tengah-tengah semester, malas kemain. Jangan kata nak garang, nak cakap pun malas.

Oh, dah pukul 4.15pm. Masa untuk berkemas-kemas. Walaupun tak balik lagi. Tapi tetap nak kemas. Sebab dah pukul 4. Ada kena-mengena? Takde kan.

Bye..

Nota kaki: rindu si adek manis bertahi lalat di pipi sebelah kanan.wewiiiitttt

No comments: