29 October 2009

14 tahun..

Hari ni dah 29 October..dah 14 tahun tak jumpa abah..(ok malas nak sambung ayat selepas ini)

Al-Fatihah buat abah..

28 October 2009

Tak tau title apa lah!

Dah bersawang-sawang blog ni tak update. Nak kata malas, hari-hari mengadap laptop. Tapi asyik mengadap Farmville je. Buka facebook bukan sebab nak cari kawan-kawan. Yang penting semua pokok aku tak mati. Haha. Sekarang addicted dengan benda alah lain pulak. Cafe World. Woi woi woi. Bilanya nak study. Facebook ni menjahanamkan masa depan anak-anak bangsa betul. (ke masa depan aku je?)

Oh. Lepas balik je wedding Wajihan, terus stuck kat rumah, Pakcik eksiden kena langgar bas lepas tu pakcik sorang lagi meninggal. Hmm. Macam-macam yang jadi. Dah 2x pospon nak balik uum. Perlu ke letak gambar wedding Wajihan kat sini? Kat facebook melambak-lambak. Sampai nak muntah tengok. Asyik orang yang sama je. Pengantin tak nampak muka. Biasala kalau sorang-sorang dah camwhoring. Semua nak menyelit macam tak cukup space. Macam ni...





Ni ok lagi. Takdelah sampai menyekat pernafasan. Bila part macam ni (gambar di bawah), memang mengancam jiwa manusia..


Tengok! haaa..kan aku dah cakap. Jiwa boleh terkorban camni. Btw, bulu mata aku cun lah.hahaha.. Tapi yang paling sopan dan bertata tertib adalah adek manis ni...
 
Perasan kan semua pakai baju pink. Haaa. Theme wedding Wajihan adalah pink. Tengok semua pakai pink macam best pulak. Tapi paling best bila ada orang pakai baju kurung Adidas.



Ok lah..lapar!

Bye.. 


13 October 2009

Nak balik. semua kerja tak menjadi

Oh hai. Selamat pagi. Takdelah pagi sangat sekarang. Hari ni pagi-pagi dah sampai fakulti. Kalau tak ada presentation, jangan harap la pukul 8 ada kat fakulti. Makcik cleaner pun tak sempat nak cuci jamban lagi. Pagi tadi ada presentation. Hari ni takdelah pulak rasa 'neves' sangat macam selalu. Minggu ni aku rajin kemain. Makan tak lalu, tidur tak lena. Asyik belajar, belajar, belajar. Hebat tak? Haih. Mestilah tipu kan. Kalau betul lah aku macam tu, mesti sekarang aku dah habis belajar. Boleh relaks-relaks. Jadi Dekan pun boleh dah.

Petang ni balik ke KL. Eh, bukan KL. Kajang. Saja sebut KL sebab nak rasa bandar sikit. Seronok betul nak balik. Lupa semua kerja kejap. Balik sini balik nanti baru fikir balik. Masa tu mesti kena hentam lagi time presentation. Dah biasa. Dah lali. Kebal dengan segala ancaman dan tohmahan dah sekarang. Aku kan Mr. Muscle.

Nota kaki: Adek pipi labuh, tunggu i ok.
*Serabut dengar lahu-lagu Raya kat foyer. Bukan lagu Raya pun ada. Zaman apa punya lagu. Bising gila. Dahla tak ajak makan. Lagi angin satu kepala.Berdosa orang tengok dia makan-makan.

11 October 2009

Hutangku langsai.chalo bete

Sekarang dah pukul 6.30pm. Lagi 30 minit nak berbuka. Maksudnya langsailah hutang piutang puasa tahun ni. Memang bergaya lah. Bukan senang nak kuatkan iman puasa stret ni. Belanja burger daging rm2 untuk diri sendiri. Sedap gila wa cakap lu. Memang sedaplah. Bukan sebab abang burger letak spender sebagai pelaris ok.


Bye

Malas Malas Malas

Baru habis kelas. Memang rasa seronok. Dulu masa belajar, memang malas nak pergi kelas. Bila mengajar pula still rasa malas nak pergi kelas. Entahla kenapa. Mula-mula mengajar dulu rasa best lah juga. Excited. Yelah. Boleh berlagak garang. Angkat-angkat kening. Jeling-jeling mata. Student mesti gerun. Tapi bila dah tengah-tengah semester, malas kemain. Jangan kata nak garang, nak cakap pun malas.

Oh, dah pukul 4.15pm. Masa untuk berkemas-kemas. Walaupun tak balik lagi. Tapi tetap nak kemas. Sebab dah pukul 4. Ada kena-mengena? Takde kan.

Bye..

Nota kaki: rindu si adek manis bertahi lalat di pipi sebelah kanan.wewiiiitttt