29 January 2012

Hasil tangkapan lumayan

Assalamualaikum dan hai hai hai,

Adui penat kaki. Rasa baru lepas sukan sekolah. Berjalan kat Nilai 3 daru pukul 11 pagi tadi sampailah pukul 3 petang. Rasa nak tercabut urat-urat. Tapinya, boleh gila kalau duduk lagi lama kat situ. Semua nak beli. Kalau boleh, pelamin pun rasa nak pasang sendiri. Biasalah, berangan sendiri.

Sebenarnya, aku temankan Encik tunang dan ibu. Nak mencari doorgift asalnya. Survey semua tempat. Banyak sangat benda yang cantik-cantik. Tak tahu nak pilih mana. Itu cantik. Ini cantik. Sana cantik. Sini cantik. Boleh sembelit rasanya sebab tak tau nak decide yang mana.

Aku masuk kedai sini, terjumpa 1 dulang yang memang perghhh kebabom. Rasa nak duduk atas dulang tu lah sebab rasa exicted sangat. Harga RM59.90. Buy 1 free 1. Maksudnya 1 dulang dalam Rm30. Hmmm. Dalam hati geleng-geleng. Tapi kepala angguk-angguk. 1 Kalau dah 9 dulang, maknanya RM270. Itu dulang saja. Aku fikir masak-masak, rasa tak berbaloi. Kata nak jimat, tapi jadi membazir pulak. Jadi, aku pendamkan hasrat hati aku yang terluka itu. Jalan kedai lain pulak. Lama-lama duduk situ, hati aku terguris tengok dulang tu.

Masuk kedai ni, aku nampak dulang yang aku suka jugak. Tapi hari tu aku tengok kat ThankQ harga dia RM24.90. Bagi aku mahal jugak. Sebab aku nak kena beli 9. Sekali aku tengok kat kedai ni RM22.90. Oh kurang RM2. Boleh jugak ni. Tapi, aku kena gunakan kehebatan aku jugak ni. Aku kena tawar lagi. Aku pun tanya kakak jurujual tu. Aku tawar punya tawar, at last dia bagi RM19. Aku pun melompat kegirangan (ok lompat tu tipu). Terus aku ambil 9 dulang. Kakak tu siap tunjukkan aku cara macam mana nak pasang bunga lah, itu lah. Tak kedekut ilmu langsung. Service best. Tak berlagak. Tak kerek. Baru syok membeli. Nama kedai tu adalah Astana Mayang Sari.

Inilah dulang yang berharga RM19 itu. Kat ThankQ dengan kedai depan-ThankQ-tak-ingat-nama RM25 ok.
*Sorry kualiti gambar kurang menyenangkan. Biasalah, adik-adik amek gambar*


Marilah kita bersama-sama berdoa agar projek DIY aku yang seterusnya (buat hantaran) berjaya!! Hehe..... :)

24 January 2012

DIY pertama untuk wedding

Hai hai hai,

Wah wah, nampaknya Kak Nita sedikit 'busy'. Bukan apa, baru pindah kerja baru. Susah sikit Kak Nita nak 'adapt' dengan kerja baru ni. Hari-hari kena bangun awal pagi. Sebal sikit kepala ahhkakkk.

Okey tak nak cerita panjang.

Cerita pasal nak kahwin ni, tengok-tengok kat tracker tu, ada lagi 4 bulan. Ohhhhoooiiii (tukar mode M. Daud Kilau). Rasa berdebar-debar bukan main. Bukan berdebar nak kahwin. Rasa macam tiba-tiba semua tak cukup. Risau macam-macam tak menajadi. Bukan senang nak menguruskan semua sendirian berhad. Tapi tak apa. Anak Sarudin pasti boleh!

Sekarang ni aku tengah buat projek DIY. Haaaa haaa berdebar tak dengar. Aku yang tengah buat ni lagi lah berdebar sendirian. Haha tapi nak cut cost punya pasal, kita teruskan jugak. Apa yang aku buat? He he he.

Ni lah DIY pertama aku masa bertunang dulu. Veil. He he he. Tak lawa pun. Tapi puas hati lah sebab buat sendiri. Aku mana lah ada sijil menjahit. Tapi janji ada kan.

Jadi kali ni, aku dah bertekad nak men DIY kan aku punya veil nikah. Sebab kalau beli, ak tengok harga dia mak aih terjojol mata. Lebih baik buat sendiri. Harap-harap berjaya. Nanti aku hapdet gambar veilnya (itu pun kalau menjadi)...


20 August 2011

Khemah punya cerita

Helo helo helo. Kopi O dengan Milo.....

Tadi pergi jumpa "orang khemah". Aku suka betul dengan marquee tent. Ala, yang omputeh selalu pakai time kahwin tu. Luas. Boleh golek kiri kanan.

Sebelum tu dah called and tanya berapa harga. "Orang khemah" kata, kalau marquee tent boleh muat dalam 60pax dalam 1 khemah. Dan harganya adalah RM800 tanpa kerusi dan meja. Kira ok jugaklah. Itu yang pakai kipas.

Jadi, tadi aku pergi nak tanya harga dengan lebih lanjut. Aku pun tanya lah kalau yang pakai aircond tu berapa ye. Dia pun cerita pokpekpokpekpokpekpokpekpokpekpok (memang panjang), tup-tup RM5000++ untuk 1 khemah sahaja termasuk aircond dan kerusi+meja. Aku pun...."tanjat boboy" lah kat situ. Takkan nak kahwin ajak 60 orang je duduk dalam khemah tu. Hehe. Mahal betul khemah tu.Sama harga sewa sebiji Dewan Siantan.

Maka dengan ini, aku dan Encik Tunang teruskan pencarian mencari dewan. Jalan punya jalan punya jalan, tiba-tiba nampak dewan yang sangaaaaattttt cantik. Terpaksalah aku melupakan marquee tent tu.

Marquee tent dalam kenangan:




14 August 2011

Dewan anganku musnah

Helo...Hai....

Diam tak diam, dah masuk bulan Ramadhan. Dah nak raya dah pun. Ok lah. Selamat berpuasa. Kira awal lagi ni sebab baru hari ke-14. Esok kira lambat dah lah. Dah setengah bulan puasa. Hehe.

Ini bukan nak cerita pasal puasa. Tapi nak cerita pasal aku sibuk gatal-gatal nak kahwin dah. Eeeehhhhh..malu. Tapi yang penting bukan tahun ni lah. Kalau tahun ni, mesti aku dah kurus (masalah kewangan kronik). InsyaAllah, kalau dipanjang umur, dipanjangkan jodoh, ada lah tu.

Oh, ini nak cerita pasal hall yang aku dah booked 2 bulan lepas. Ish. Kecewa betullah. Dah bayar deposit untuk Dewan Siantan, Putrajaya, alih-alih encik tukang jaga hall tu call baru ni. Bagitau yang gomen nak celebrate Minggu Belia date aku tu. Diorang minta aku percepatkan tarikh kahwin or tangguhkan. Ikut suka hati gembira lalalala dia je. Jadi, aku malas nak fikir banyak, cancel je kahwin kat situ. Mana boleh. Belah encik tunang dah booked hall. Dah booked caterer. Takkan kahwin side laki dulu baru kahwin side aku. Jadi, kesimpulannya, jangan cari gaduh. Cancel saja.

Secara positive nya, mungkin ada hikmah. Hall di Putrajaya tu agak mahal jugak. Bila dah cancel tu, mungkin Allah nak mempermudahkan urusan kita nanti. Mempermudahkan kewangan kita jugak. Nasib baik dapat tempat lain. Walaupun tak secantik Dewan Siantan, yang penting kahwin je lah kan. Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan yang lain.